Mengenali Majalah PC (MPC)

MPC adalah sebuah majalah komputer yang pertama diterbitkan dalam bahasa Melayu pada tahun 1995 oleh sekumpulan yang mahir dalam bidang IT dan juga berpengalaman dalam bidang pendidikan IT. Di atas kesedaran untuk menghadiahkan sumber ilmu IT kepada masyarakat tempatan dalam bahasa ibunda maka lahirlah majalah ini.

Oleh kerana MPC disasarkan kepada para pelajar sekolah, pengguna baru dan peminat IT maka isi kandungannya juga menjurus kepada pendidikan IT serta Internet. Dengan penggunaan bahasa yang mudah dan ringkas maka MPC diharapkan dapat memenuhi kehendak pengguna IT tempatan lebih-lebih lagi yang baru ingin mengenali IT.

Oleh kerana perkembangan IT berlaku dengan cepat dan pantas secara tidak langsung ia memberikan satu cabaran kepada pihak editorial MPC untuk menyalurkan maklumat terkini kepada pembacanya. Sehingga kini syukur alhamdulillah MPC telah berjaya ditempatkan sebagai majalah IT terunggul di Malaysia. Diharapkan dengan sokongan yang diberikan oleh para pembaca, MPC akan sentiasa hidup untuk menyalurkan maklumat IT semasa.

MAJULAH IT UNTUK NEGARA

Majalah PC Terbaru

Editorial Majalah PC