Cepatkan capaian internet dan menghentikan iklan internet
Oleh Eina Uzir

Melayari laman web dan memindahterima fail dengan menggunakan modem 56Kbps boleh menjadi sebuah pengalaman yang agak perlahan. Terdapat beberapa perisian yang boleh dipindahterima dan ia mempunyai beberapa perkakasan dan utiliti untuk mempercepatkan pelayaran dan proses pindahterima.

Ada diantaranya digabungkan dengan pelayar web dan ada juga yang berada secara sendirian. Ada yang mempercepatkan pindahterima dengan memecahkan fail kepada beberapa segmen. Ada juga yang melakukan beberapa kali sambungan untuk memindahterima fail dalam mendapatkan capaian tertinggi. Terdapat juga pencepat pelayar yang beroperasi menggunakan teknologi cache dengan menyimpan laman-laman yang telah dikunjungi bagi memudahkan pelayaran.

Download Accelerator Plus
Percuma
http://www.speedbit.com
Spesifikasi : Win95/98/Me/NT /2000; Internet Explorer 4.0 ke atas dan Netscape 4.0 ke atas

SpeedBit mendakwa terdapat 10 juta pengguna berdaftar bagi Download Accelerator Plus, di mana perisian ini boleh mempercepatkan sehingga 300% proses pindahterima. Perisian ini digabungkan kepada pelayar dan ia akan dijalankan apabila anda mula melakukan pindahterima. Ia akan membuat beberapa sambungan kepada pelayan-pelayan lain untuk mendapatkan yang paling cepat. Menerusi modem 56Kbps, sebuah fail 200KB dipindahterima pada 700Bps tanpa perisian itu dan dengan perisian ini ia akan dipindahterima pada 4.3KBps. Perisian ini terdapat dalam versi untuk capaian kabel, ADSL, FTP dan HTTP. Ia juga mempunyai utiliti carian MP3, keupayaan sambungan semula dan mendapatkan semula fail yang rosak atau terputus.

Go!Zilla
Percuma; Versi Pro AS$24.95
http://www.gozilla.com
Spesifikasi : Win9x/NT/Me; IE4.0 ke atas dan Netscape 4.0 ke atas (termasuk 6.0)

Go!Zilla merupakan antara pengurus pindahterima yang paling popular dan antara yang terbaik. Ia mengendalikan pindahterima dengan baikl menjadualkan peindahterima dan menyambung pindahterima yang terputus. Ia telah mengabungkan beberapa perisian antivirus seperti Computer Associates InoculateIT, perisian ZipZilla, Link Leech untuk menyimpan sambungan (link), Content Channels mendapat maklumat secara langsung dan enjin carian Monster.

NetSonic
Percuma; Versi Pro AS$39.95
http://www.netsonic.com
Spesifikasi : Win9x/Me/NT/2000; pelayar IE, Netscape Navigator, Opera, AOL, dan CompuServe.

Versi terbaru perisian ini juga mempercepatkan pelayaran web. NetSonic menggunakan sebuah cache bijak yang akan menggantikan jenis cache yang istimewa pada cakera keras anda supaya anda boleh memapar laman web yang telah anda kunjungi tanpa menunggu lama. Jika laman web itu telah berubah sejak anda kunjungi dahulu maka NetSonic akan memberitahu anda mengenainya. Ciri-ciri lain yang terdapat pada NetSonic ialah pencepat akan berfungsi pada ketika yang diperlukan sahaja dan perkakasan SonicFetch akan memuatkan laman web secara cekap dan cepat. NetSonic adalah sebuah perisian yang canggih dan susah hendak dikendalikan tetapi ia amat berkuasa.

GetRight
Percuma; Versi Pro AS$20.00
http://www.getright.com
Spesifikasi : Windows 95/98/NT/2000 dan pelayar IE, Netscape Navigator.

GetRight boleh menyambung proses pindahterima jika talian terputus dan menawarkan pembaikan fial jika ia rosak. Ia mempunyai kaedah FTP untuk mencepatkan pemindahan fail dan mencari tapak web yang menawarkan capaian yang cepat. GetRight boleh memindahterima daripada pelayan-pelayan yang berbeza secara serentak. Ia boleh digabungkan dengan Netscape Navigator, Microsoft Internet Explorer dan Opera untuk memindahterima secara automatik.

Menghalang iklan

Anda pasti akan merasa bosan dan kecewa kerana terpaksa menunggu lama untuk memindahterima laman web. Adakalanya anda akan dijengah dengan tetingkap iklan yang menjengkelkan. Segala iklan ini akan memakan jalur lebar anda dan melambatkan sambungan internet anda seperti berjalan dalam lumpur yang dalam. Anda boleh memasang pencepat pelayar yang boleh menghalang iklan-iklan dan tetingkap iklan daripada muncul.

AdsOff!
Percuma (Percubaan 30 hari); AS$19.95
http://www.adsoff.com
Spesifikasi : Windows 95/98/NT /2000; semua pelayar utama

Aplikasi daripada InterCan Tech berfungsi pada latar belakang sistem untuk menghalang perentang iklan dan tetingkap iklan. AdsOff! juga akan menghalang perentang (banners) daripada muncul dalam aplikasi e-mel dan ia akan memperlahankan animasi pada laman-laman web. InterCan Tech menggunakan teknologi FemtoFast yang menghalang interaksi di antara pelayar dan pelayan iklan. Teknologi ini akan menghalang "cookie" dan kesan IP yang diterima daripada pengiklan yang akan dipantau semasa anda melayari web. Anda juga boleh menentukan AdsOff! untuk memaparkan sambungan pada iklan dan anda boleh melihat segala ikaln yang telah dihalang oleh AdsOff!.

AnalogX POW!
Percuma
http://www.analogx.com
Spesifikasi : Segala versi Windows; pelayar Internet Explorer dan Netscape

AnalogX POW! Popup Punisher tidak menghalang iklan daripada muncul tetapi ia menghalang tetingkap iklan dengan baik. Apabila anda sedang memindahterima fail. POW! akan menghalang tetingkap iklan daripada muncul. Jika ia tidak dihalang secara automatik anda boleh memasukkannya ke dalam senarai perisian. Ia juga akan memaparkan sebuah tetingkap senarai segala iklan yang telah dihalang.

WebWasher
Percuma (pengguna di rumah atau IPT); AS$19 hingga AS$29
http://www.webwasher.com
Spesifikasi : Win9x/Me/NT/2000 dan MacOS 8.1 ke atas; pelayar Internet Explorer dan Netscape

Pengeluar WebWasher mendakwa terdapat 3 juta pengguna yang menggunakan aplikasi ini untuk menghalang perentang iklan dan tetingkap iklan. Perisian ini akan dipasang kepada pelayar Internet Explorer atau Netscape. Perisian itu mempunyai penapis URL dalaman yang boleh anda tentukan dan sebuah lagi perkakasan pemampat yang menghentikan skrip daripada dijalankan apabila laman web dibuka oleh pelayar. Ia juga boleh menghalang animasi grafik daripada berfungsi sepenuhnya. Perisian ini mudah dipasang dan ditentukan dan ia akan mengemaskini penapisnya sekerap mungkin.