Laman-laman berita Bolasepak

Laman-laman Web berita bolasepak terdapat dalam pelbagai bahasa dan dipaparkan dalam pelbagai bentuk. Benua yang terkenal dengan bolasepak iaitu Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Utara mempunyai bilangan laman Web berita bolasepak yang terbanyak.

Benua Eropah adalah benua yang mempunyai pasukan bolasepak yang terbaik dan merupakan kuasa bolasepak yang teragung. Kelab-kelab bolasepak di Eropah juga adalah antara kelab-kelab yang terkaya di dunia contohnya seperti Manchster United dan AC Milan.

Jika anda mahukan berita-berita dan gambar-gambar terkini para pemain pujaan anda, silalah ke laman-laman di bawah untuk mendapatkannya.

Soccernet
http://www.soccernet.com/
Berita, jadual perlawanan yang disesuaikan untuk England, Scotland, Eropah dan bolasepak dunia. Maklumat dalam laman ini dikemas kini setiap hari dan memberikan yang terkini jika terdapat perlawanan utama.

ESPN.com: Soccer
http://espn.go.com/soccer/
Laman ini merupakan laman bolasepak yang menjadi sebahagian daripada ESPN.com. Laman bolasepak ini mengambil sebahagian berita dan maklumat daripada Soccernet.

USA Today: Soccer
http://www.usatoday.com/sports/soccer/sos.htm
Akhbar harian Amerika Syarikat ini juga telah membuka laman bolasepaknya sendiri dengan peningkatkan keghairahan rakyatnya terhadap bolasepak. Banyak maklumat dan kegiatan bolasepak negara Amerika Utara itu dipaparkan di sini.

internetsoccer.com - news, scores, audio, shopping, and more.
http://www.internetsoccer.com/
Sebuah lagi laman bolasepak Internet yang menyediakan kemudahan mendapatkan maklumat dan berita mengenai pasukan utama. Ia juga mempunyai bahagian membeli-belah dan ruang memindahterima audio perlawanan yang menarik minggu itu.

SoccerTimes
http://www.soccertimes.com/
Laman berita bolasepak ini merupakan antara yang terbaik dan dikemas kini setiap hari.

CNN/SI - Soccer
http://www.cnnsi.com/soccer/
Sebuah lagi agensi berita antarabangsa yang menyediakan laman bolasepak. Ia menyediakan pelbagai maklumat penting untuk para peminat bolasepak.

Daily Soccer
http://www.dailysoccer.com
Sesuai dengan tajuknya, laman ini menyediakan pelbagai berita penting mengenai pemain dan pasukan bolasepak terkenal.

soccerTV.com
http://soccerTV.com
Sebuah laman yang memberikan panduan mengenai siaran TV bolasepak dari seluruh dunia. Ia menyenaraikan lebih daripada 1000 perlawanan bolasepak dari seluruh dunia.

SoccerWay.com
http://www.soccerway.com/
Sebuah laman Web yang menyediakan video, foto, berita dan maklumat terkini mengenai pasukan kegemaran mereka.

Malaysian Soccer
http://www.my-soccer.net/
Laman Web ini merupakan laman utama untuk senario bolasepak negara dan telah memenangi anugerah Perdana Menteri dalam anugerah teknologi maklumat pada tahun 2000. Laman ini mempunyai pelbagai maklumat dan berita yang terkini.