Perkembangan Infrastruktur Cyberjaya

Perkembangan Cyberjaya telah berkembang dalam jangka yang memuaskan. Berikut adalah maklumat terkini mengenai segala kemudahan yang telah beroperasi dan sedang dalam pembinaan di Cyberjaya. Sehingga kini terdapat pembangunan 24 infrastruktur utama yang sudah disiapkan atau yang masih dalam proses pelengkap.

Ibupejabat MSC - Pembangunan utama dan pertama di Cyberjaya yang menempatkan pejabat utama MDC dan Cyberview Lodge iaitu sebuah resort 5 bintang dengan 74 bilik. Status: Beroperasi.

Perkampungan Aplikasi Perdana (Flagship Village) -297 lot bungalo. Status: Sasaran siap pada 2001.

Taman Cyberview - 52 unit pangsapuri yang menyediakan 65,000 kaki persegi ruang pejabat. Status: Dibuka pada 1998.

Bangunan DHL APIS - Bangunan pejabat yang menyediakan 100,000 kaki persegi ruang pejabat. Status: Sasaran siap pada 2001.

Dyna Properties - Bagunan pejabat yang menyediakan 60,000 kaki persegi ruang pejabat. Status: Beroperasi pada 2001.

Enterprise 2 - Kompleks pejabat yang menyediakan 85,000 kaki persegi ruang pejabat. Status: Siap Ogos 2001.

Perhentian Cyberjaya - Terminal pengangkutan dengan 16 gerai makanan dan jualan. Perkhidmatan bas ke KL dan lokasi lain. Status: Siap.

Street Mall - Pusat membeli-belah yang mempunyai sebuah pasaraya, dua kedai makanan segera dan 19 kedai jualan. Status: Operasi Mei 2001.

Pangsapuri D'Melor - 120 unit pangsapuri. Status: Siap Jun 2001.

Cyberia - Unit pangsapuri. Status: Siap pada 2002.

TM Cyberjaya Central - Pusat perantara telekomunikasi jalur lebar. Status: Beroperasi sejak 1999.

Universiti Multimedia - Universiti swasta dengan 6,000 pelajar. Status: Dibuka pada 1999.

MSC Central Incubator - Pusat inkubator utama MSC dengan 32,000 kaki persegi ruang pejabat. Status: Beroperasi.

Nusa Bistari - 160 unit pangsapuri dalam Fasa 1. Status: Sasaran siap 2001.

Entreprise 1 - Kompleks pejabat dengan 100,000 kaki persegi ruang pejabat. Status: Siap pada Disember 2001.

Bangunan Ericsson - Bangunan dengan 120,000 kaki persegi ruang pejabat. Status: Sasaran siap pada 2002.

Kompleks TM Cyberjaya - Kompleks Telekom Malaysia Cyberjaya yang menempatkan semua syarikatnya dan sebuah pusat data. Status: Beroperasi.

Pusat Kawalan Bandar (City Command Centre) - Pusat kawalan dan fungsi pemantauan bandaraya seperti komuniti, utiliti dan pengangkutan. Status: Dalam pembangunan.

Pusat NTT MSC - Pusat NTT R&D kedua terbesar di luar Jepun. Status: Dibuka pada 1999.

Entreprise 3 - Kompleks pejabat dengan 110,000 kaki persegi ruang pejabat. Status: Siap menjelang Disember 2001.

Century Square 1 - Kompleks pejabat dengan 450,000 kaki persegi ruang pejabat. Status: Beroperasi

Century Square 2 - Kompleks pejabat dengan 130,000 kaki persegi ruang pejabat. Status: Siap menjelang Ogos 2001.

Tech-linx - Pembangunan taman teknologi yang menawarkan 300,000 kaki persegi ruang pejabat. Status: Sasaran siap pada 2003.

Fujitsu System - Bangunan pejabat dengan 100,000 kaki persegi ruang pejabat. Status: Sasaran siap pada 2001.

dari MPC Julai 2001