Sambungkan dail anda

Sambungan internet yang perlahan sering membuatkan kita rasa marah dan kecewa. Anda boleh menggunakan pemproses yang berkuasa tinggi, skrin monitor yang besar dan memori yang amat besar tetapi ia tidak membantu untuk mengurangkan masalah modem yang perlahan.

Tingkatkan kelajuan

Perkakasan lama akan memperlahankan sambungan. Anda boleh dapatkan modem 56 Kbps dan sokongan V.90 yang diiktiraf oleh kebanyakan ISP. Jika anda dapati modem anda perlahan dan tidak memberikan persembahan yang sepatutnya maka anda hendaklah pergi ke laman web pengeluar dan dapatkan maklumat mengenai V.90. Kebanyakan modem 56 Kbps yang mempunyai piawai K56flex atau X2 akan menerima peningkatan kepada V.90.

Salahkan ISP

Sambungan yang lemah biasanya adalah kesalahan penyedia perkhidmatan internet (ISP) anda. Masalah mungkin timbul daripada masalah talian yang anda dail. Cuba tukar nombor yang anda dail (jika ada). Jika sambungan masih bermasalah, cuba tukar ISP. Jika masih serupa, sabar aje la!

Port

Periksa port modem yang dipasang adalah betul. Jika anda memasang modem luaran pastikan port tersebut adalah 9,600 baud. Untuk setkan port, klik Start, Settings, Control Panel, dan dwi-klik Modems. Pilih modem, klik Properties dan perhatikan kemasukan Port. Pada tempat yang sama, perhatikan Maximum Speed samada ia dua kali kelajuan modem anda. Contohnya pengguna modem berkeupayaan 56Kbps hendaklah memilih 115,200. Akhir sekali klik kanan pada My Computer, Properties, pilih Device Manager, dan kemudian Ports. Pilih port untuk modem anda dan klik Properties, Port Settings. Tentukan Bits Per Second sama dengan penentuan (setting) port dan klik OK.

DUN anda

Penentuan registri boleh memberikan kesan kepada kelajuan sambungan internet anda dan cubaan untuk mengubahsuainya adalah berisiko. Anda boleh dapatkan perisian TweakDUN (http://www.pattersondesigns.com/tweakdun) bagi membolehkan anda mengubahsuai keupayaan sambungan anda untuk kawalan sepenuhnya. Perisian lain yang serupa ialah SpeedNet (http://brock.iwz.com/speednet.htm).

Cache peribadi

Semua tapak web mempunyai sambungan kepada kemasukan Domain Naming System (DNS) dan ia disaimpan dalam pelayan jarak jauh. Apabila anda pergi ke laman tersebut, kemasukan DNS itu akan dicapai daripada pelayan. Capaian DNS ini akan melambatkan sambungan. Anda boleh mengurangkan masalah ini dengan menggunakan perisian yang menyimpan maklumat DNS dalam komputer anda supaya anda boleh mencapainya dengan cepat. Perisian seperti FastNet99 (http://www.geocities.com/TimesSquare/Stadium/1851) adalah salah satu daripadanya.

Ketahuilah

Perkakasan dalam Windows 95/98 (Win 9x) akan memberitahu anda mengenai keupayaan sambungan. Perisian NetMonitor (http://www.kissco.com/freenetmon_info.html) mengesan jejak sambungan dan memeriksa samada perlunya pencepat web atau tidak.

Melebar capaian

Talian telefon analog biasa memindahkan maklumat pada kadar 53Kbps. Untuk mencepatkan capaian anda boleh dapatkan perkhidmatan jalur lebar atau jalur asas. Sambungan ISDN (Integrated Services Digital Network) menggunakan teknologi jalur lebar untuk memberikan kadar capaian sehingga 128Kbps. Sambungan untuk jalur lebar adalah seperti xDSL atau perkhidmatan modem kabel yang mempunyai kadar capaian daripada ratusan Kbps hingga Mbps. Anda boleh pergi ke laman-laman berikut untuk mendapatkan maklumat perkhidmatan jalur lebar : Jaring (http://www.jaring.my) dan TimeNet (http://www.time.net.my).