Make your own free website on Tripod.com
Flash bukan sekadar animasi

Melayari Dunia Web anda akan dapat melihat lebih banyak laman Web yang mengantikan laman yang statik dengan animasi. Laman-laman Web yang beranimasi ini dihasilkan dengan menggunakan perisian yang dikenali sebagai Flash daripada Macromedia.

Walaupun Flash mempunyai animasi yang menarik tetapi ia mempunyai reputasi untuk membuang masa individu yang melayari Web tersebut ketika memindahterima animasi. Namun begitu Flash bukan sahaja untuk memaparkan pengenalan animasi yang menarik tetapi juga untuk menghasilkan nilai interaktif dan menceriakan laman Web.

contoh flash

Apa itu Flash?

Flash merupakan sebuah perisian animasi berunsurkan Web yang dikeluarkan oleh Macromedia. Perisian ini menyerupai perisian Director yang sering digunakan untuk menghasilkan interaktif multimedia pada CD-ROM atau kandungan komputer. Flash memberikan nilai interaktif yang lebih menarik seperti menu dan kandungan berinteraktif yang menarik.

Flash menggunakan grafik vektor dan ini tidak digunakan pada Director dan perisian penghasilan CD-ROM multimedia yang lain. Grafik vektor adalah sebuah bentuk yang menggunakan perkiraan matematik ketika dibentuk dan tidak seperti fail GIF atau JPEG.

Saiz grafik vektor juga mudah dilentur menurut kehendak pengguna tanpa mengganggu kualitinya. Dengan itu laman Web akan boleh dipaparkan dalam sebarang saiz pelayar Web tanpa menjejaskan penglihatan kepada grafik yang hendak dipaparkan. Flash juga memudahkan skrin pada sebarang resolusi iaitu 640 x 480 atau 1,024 x 768 piksel boleh memaparkan animasi dalam kualiti yang baik.

contoh flash

Memaparkan kandungan Flash

Fail Flash akan disimpan sebagai fail .SWF dalam pelayan Web. Apabila pelayar Web membuka laman Web yang mengandungi animasi Flash, pelayar Web akan memuatkan pemain Flash dan memainkan animasi secara automatik. Jika pelayar Web anda tidak mempunyai Flash maka skrin akan menjadi kosong.

Kemudian anda akan dapat melihat sebuah sambungan (link) kepada laman Web Macromedia untuk memindah terima Flash Player. URL untuk perisian Flash Player ialah http://www.macromedia.com/go/getflashplayer.

Apabila anda tiba ke laman Web tersebut arahan pemasangan perisian akan muncul. Setelah anda memasang Flash, anda akan dapat menikmati laman-laman Web yang mempunyai kandungan Flash.

Versi Flash Player

Jika anda memasang aplikasi pelayar Microsoft atau Netscape, anda akan ditanya samada perisian Flash mahu dipasang kepda komputer atau tidak. Pastikan anda menjawab YA! Anda perlu menjawab Ya kerana 96% pelayar Web dilengkapi dengan animasi Flash dan sejumlah 348,574,208 telah menjadi pengguna Flash.

Ramai para pengguna yang menggunakan Flash kerana ia terdapat dalam pelbagai jenis OS. Seterusnya ia tidak hanya boleh digunakan Internet Explorer atau Netscape Navigator sahaja tetapi untuk pelabagai jenis pelayar. Seumumnya Flash terdapat dalam empat versi iaitu

1. pengawal ActiveX untuk penggunaan Microsoft IE3.x atau terkemudian dan Windows 9x, Me, 2000, atau NT

2. perisian tambahan untuk kegunaan Netscape Navigator /Communicator 3.x atau kemudian

3. pemain edisi Java untuk kegunaan pelayar Web lain yang serasi Java (Java-compatible)

4. versi Pocket PC untuk kegunaan PDA seperti Casio Cassiopeia, Compaq IPAQ, dan Hewlett-Packard Jornada.

Ia juga menawarkan versi untuk Linux, Solaris, OS/2, Windows dan Mac OS, bagi membolehkan ramai orang menikmati kandungan Flash.

Macromedia juga telah menempatkan Flash dalam pelayar Microsoft dan Netscape untuk dipasang serentak semasa pengguna memasang pelayar Web mereka. Untuk mendapatkan versi terbaru Flash, pengguna boleh pergi ke laman Web Macromedia dan mendapatkan veris terbaru Flash Player.

Flash juga telah ditingkatkan supaya menjadi bukan sahaja perisian pembinaan animasi tetapi juga sebuah perisian untuk membina laman Web dan antaramuka Web.

Bagaimana Flash digunakan

Kuasa dan fleksibiliti Flash telah membuatkan ia sebuah perisian yang menarik dan mudah digunakan untuk membina laman Web. Kini telah lebih ramai pembina laman Web menggunakan Flash sebagai perisian utama untuk membina laman Web. Anda boleh pergi ke laman Macromedia Showcase (http://www.macromedia.com/showcase) untuk mendapatkan sebuah senarai laman-laman Web menarik yang menggunakan Flash seperti National Geographic (http://www.nationalgeographic.com/) dan Timbuk2 (http:// www.timbuk2.com).

Untuk mengawal Flash anda hendaklah klik kanan pada animasi Flash itu dan anda akan dapati sebuah menu muncul. Ia akan mempunyai Zoom, Quality dan Playback. Dengan menggunakan menu itu anda boleh membesarkan papran imej, menetapkan kualiti imej dan memberhentikan atau memainkan animasi.

Keselamatan Flash

Kandungan Flash adalah sebuah perisian untuk memaparkan kandungan animasi. Daripada versi 4 hingga versi 5.0 (terkini), Flash telah dibina untuk menjadi sebuah perisian yang dilengkapi dengan keupayaan pengaturcaraan iaitu ActiveScript dan sokongan untuk JavaScript.

Potensi dan reputasi Flash telah membuka sebuah kelemahan keselamatan seperti yang didakwakan oleh Neal Krawetz pada Disember 2000. Kelemahan ini dinamakan sebagai "buffer overrun exploit," yang membenarkan Flash yang telah dibina dengan kurang baik atau yang bertujuan jahat merosakkan komputer apabila ia dijalankan. Selain itu terdapat juga Flash yang boleh menganggu pelayar IE serta Flash versi Linux.

Perlindungan

Anda tidak perlu kerana ia hanya terhad kepada penghalangan perkhidmatan atau DOS (Denial Of Service) kepada komputer yang menjalankan fail Flash. Ia tidak akan menghilangkan data atau merosakkan komputer seperti yang didakwa. Namun begitu ia masih boleh dieksploitasi dengan menggunakan kawalan ActiveX bersama Flash. Jika anda masih risau anda boleh dapatkan perisian SurfinGuard Pro daripada Finjan Software (www .finjan.com) untuk melindungi komputer anda daripada Flash yang tidak berfungsi dengan baik.

Pasang dan nikmatilah

Oleh kerana Flash merupakan perisian yang baik maka anda hendaklah pastikan ia berada di dalam komputer dan dipasang kepada pelayar Web anda. Ia mampu menceriakan sebuah laman Web dengan interaktiviti seperti bunyi, animasi dan antaramuka yang menarik. Dapatkan Flash terkini dan nikmatilah Flash di dalam Web.