Make your own free website on Tripod.com
Laman-laman terbaik Shockwave dan Flash

Semakin banyak pembina laman Web menggunakan Flash dan Shockwave sebagai media perantara untuk membina laman Web yang menarik dan berinteraktif. Penggunaan Flash dalam animasi dan antaramuka memberikan pembina laman Web kebebasan untuk menghidangkan sebuah laman Web yang terbaik.

1. Macromedia - http://www.macromedia.com/
Syarikat Macromedia Inc. adalah pereka koleksi perisian Macromedia seperti Director, Shockwave dan Flash. Laman Web ini dibina sepenuhnya dengan Flash dan mempunyai tahap interaksi yang terbaikd dengan pengguna. Sebuah laman Web yang ringkas dan yang terbaik sebagai contoh untuk penggunaan Flash dan Shockwave.

2. Balthaser - http://www.balthaser.com/
Laman Web sebuah syarikat penyedia perkhidmatan multimedia dan Internet yang berjaya menggunakan Flash dan Shockwave secara maksima. Menyaksikan laman Web ini adalah seperti menyaksikan sebuah promo di TV dan menyediakan antaramuka yang terbaik antara lapan laman Web yang terdapat dalam senarai ini.

3. Shockwave - http://www.shockwave.com/
Sebuah syarikat dot.com yang berupakan anak syarikat Macromedia. Laman Web ini memaparkan penggunaan Shockwave dalam animasi dan antaramuka Web. Anda boleh mendapatkan kartun, kad elektronik dan pelbagai lagi menerusi laman Web ini.

4. Digital innovators - http://www.kodak.com/us/en/corp/features/digitalinnovators/
Sesuai dengan tajuknya iaitu Penginovasi Digital maka penggunaan Flash adalah yang terbaik untuk laman Web ini. Laman Web ini telah menggunakan teknik flash yang agak susah hendak dibuat dan hasilnya adalah mengkagumkan. Singgahlah untuk mengetahui kecanggihannya!

5. Lego - http://www.lego.com/
Keupayaan Flash juga digunakan dengan baik dalam laman Web ini bagi memberikan sebuah antaramuka yang disukai oleh kanak-kanak. Dengan kesan bunyi dan teks yang besar dipaparkan dalam laman Web ini maka Lego bukan sahaja adalah pengeluar permainan kanak-kanak terbaik malah penghasil laman Web terbaik.

6. Vecta3d - http://www.vecta3d.com/
Laman Web ini adalah untuk memperkenalkan sebuah teknologi imej vektor 3D yang dinamakan Vecta3D. Dengan penggunaan Vecta3D, dapat memampatkan grafik vektor 3D daripada saiz yang besar kepada saiz yang lebih kecil. Anda akan dapat saksikan sebuah animasi ikan berenang yang dibuat dengan Flash bersaiz 12K.

7. First 9 Months - http://www.pregnancycalendar.com/first9months/
Anda ingin tahu perkembangan anak daripada janin hinggalah kelahiran bayi, laman Web ini mampu memberikan gambaran yang sebenarnya. Anda boleh mendapatkan maklumat perkembangan bayi dalam bentuk persembahan multimedia Flash. Para bakal ibu dan bapa silakan!

8. Synewave - http://www.synewave.com/html/swnew.html
Sebuah lagi laman Web korporat yang menggunakan Flash dengan amat berkesan dalam persembahan maklumat syarikatnya. Antaramuka, muzik latar dan rekabentuk laman Web ini adalah menarik dan berkesan. Dengan konsep hitam dan putih, laman Web Synewave adalah sebuah laman Web menarik.

9. Hub Interactive - http://www.hubinteractive.com/
Nampaknya laman Web ini merupakan laman Web syarikat yang keempat di dalam senarai ini yang menggunakan Flash sebagai media. Sebagai penyedia perkhidmatan multimedia dan Internet, Hub telah menghidangkan maklumat syarikatnya dalam bentuk yang enak sekali.

10. Maestro Commerce - http://www.maestrocommerce.com/overflash.asp
Laman Web syarikat penyedia perkhidmatan e-dagang ini, telah menggunakan Flash dengan amat berkesan sekali untuk mengambarkan produk dan objektif syarikat tersebut. Jika saya sebagai seorang peniaga yang ingin mencari jururunding laman Web syarikat, saya pasti akan memilih Maestro Commerce setelah saya melihat laman Web mereka.

Ciri-ciri terbaik sebuah laman Flash atau Shockwave
a. tiada tetingkap tambahan
b. menu berinteraktif
c. animasi menarik
d. lagu dan kesan bunyi yang berkesan
e. masa pindah terima yang singkat