Pembiayaan kerajaan untuk teknologi tinggi

Perniagaan Internet adalah sebuah model perniagaan yang berlainan daripada model perniagaan tradisional. Antara perbezaan yang nyata ialah perniagaan Internet adalah berasaskan kepada pengetahuan serta kemahiran dan tidak bergantung kepada kekuatan aset nyata. Kedua, perniagaan Internet berevolusi dengan lebih pantas contohnya nilai sebuah syarikat itu akan naik sehingga puluhan juta ringgit dalam masa beberapa bulan sahaja.

Namun begitu untuk mendapatkan pembiayaan dan modal ketika proses pemulaan adalah satu tugas yang sukar dan rumit. Terutamanya bagi sebuah perniagaan Internet yang baru adalah agak susah untuk mendapatkan pembiayaan dan menyakinkan pelabur. Kini terdapat pilihan bagi mendapatkan biaya niaga daripada kerajaan dan sektor korporat. Untuk mendapatkan modal pusingan yang berturutan dan bertahan lama maka, perniagaan itu perlu mendapatkan rakan strategik dan rakan korporat. Terdapat dua badan yang boleh membantu iaitu Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC) dan MSC Venture Corporation Sdn Bhd.

Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC)

Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC), iaitu perbadanan nasional dalam biaya niaga (venture capital) dan pembangunan teknologi. Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa telah melantik MTDC sebagai pengurus dana untuk TAF dan CRDF.

Antara geran-geran yang boleh didapati ialah

1. MGS - Skim geran MSC R&D
2. IGS - Skim geran Industri R&D
3. DAGS - Skim geran Demonstrator Applications
4. TAF -Tabung Pembelian Teknologi (RM61 juta)
5. CRDF - Tabung Pengkormesialan R&D (RM100 juta)
6. ITAF 1-4 - Tabung Bantuan Teknologi
7. Geran Istimewa untuk Usahawan Wanita

Geran-geran kerajaan ini adalah untuk :

1. Mempercepatkan pembangunan teknologi berisiko tinggi oleh industri tempatan
2. Meningkatkan daya saing dalam industri yang global.
3. Mencipta peluang baru untuk perniagaan dan industri dengan menggunakan teknologi berdaya maju.
4. Menyokong teknologi yang sesuai untuk menyokong produk baru dan memproses variasi aplikasi
5. Meningkatkan daya saing dan keupayaan indutsri tempatan dengan mempromosikan pengkomersialan teknologi
6. Mempercepatkan pengkomersialan R&D yang dilakukan oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dibiayai oleh IRPA, syarikat dan penyelidikan individu.

Jumlah yang telah diluluskan untuk TAF bagi industri/teknologi untuk tahun 1999 :

1. Elektronik (RM12.72 juta)
2. Bahan termaju (RM3.49 juta)
3. Perkakasan membuat "moulds and die" (RM266,880)
4. Aeroangkasa (RM4.70 juta)
5. Instrumentasi (RM324,500)
6. Tenaga (RM2.82 juta)
7. Bioteknologi (RM2.45 juta)
8. Berasaskan besi (RM3.62 juta)
9. Produk industri (RM50,000)
10. Mesin (RM1.31 juta)
11. Makanan (tiada)
12. Kejuruteraan perisian (tiada)
13. Automasi (tiada)

Jumlah keseluruhan ialah RM34.99 juta.

Jumlah yang yang telah diluluskan untuk CRDF bagi industri/teknologi untuk tahun 1999 :

1. Berasaskan sumber (RM1.33 juta)
2. Bioteknologi (RM2.13 juta)
3. Kejuruteraan (RM1.57 juta)
4. Berasaskan kimia (RM1.13 juta)
5. Makanan (RM1.09 juta)
6. Elektronik (RM5.29 juta)
7. Produk perindustrian (RM2.15 juta)
8. Pertanian (RM272,000)
9. Automasi dan sistem pengilangan (RM1.00 juta)

Jumlah keseluruhan ialah RM15.97 juta.

Untuk melayakkan diri anda mendapatkan geran-geran itu anda hendaklah pastikan anda menepati kehendak syarat-syarat yang telah ditetapkan. Selain itu terdapat pembiayaan lain seperti geran kerajaan, biaya niaga, pasaran terbuka (MESDAQ, KLSE), pembiaya individu dan peminjam komersial. Geran kerajaan adalah untuk meningkatkan kredibiliti dan sebagai pemangkin untuk kemajuan. Tetapi tiada bantuan professional, perjanjian strategik dan perkongsian bebanan kewangan. Namun begitu biaya niaga mempunyai lima ciri tersebut.

Untuk pergi ke pasaran terbuka bermakna anda akan mendapat perkongsian bebanan kewangan, peningkatan kredibiliti dan pemangkin tetapi tiada perjanjian strategik dan bantuan professional. Manakala pinjama komersial pula, tiada perkongsian bebanan kewangan, tiada peningkatan kredibiliti, tiada perjanjian strategik dan tiada bantuan professional, tetapi ada keupayaan untuk maju.

Para pelabur akan menimbang keupayaan dan kekuatan pasukan pengurusan, potensi untuk maju, kekuatan pasaran, kelebihan harta dan imbangan risiko-keuntungan. Namun begitu terdapat risiko yang tinggi, tiada rekod dan susah untuk menilai pada awal pelaburan.

MSC Venture Corporation Sdn Bhd

Multimedia Development Corporation (MDC) telah melancarkan pemacu biaya niaganya iaitu MSC Venture One Sdn Bhd di mana ia akan menguruskan dana biaya niaga sebanyak RM120 juta. Sebuah lagi syarikat iaitu MSC Venture Corporation Sdn Bhd akan bertindak sebagai pengurus dana. Dana RM120 juta tersebut adalah dariapda Khazanah Nasional Bhd dan disokong oleh Bank Negara Malaysia.

Sehingga kini (semasa artikel ini ditulis) terdapat 26 syarikat tempatan yang melibatkan diri dengan aktiviti berasaskan Internet, pembangunan perisian dan telekomunikasi telah telah memohon dan telah ditemubual. Jumlah terbesar ialah RM10 juta.

Menurut Sarina Kasim, CEO MSC Venture Corp, "kami tidak akan melabur lebih daripada 10% nilai dana iaitu RM120 juta dalam sesebuah syarikat itu. Kami juga pastikan yang kami akan melabur dalam syarikat yang inovatif, berdaya maju dan usahawan teknologi di dalam IT dan industri multimedia".

Dengan tujuan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan yang dibentuk ke satu tahap yang berjaya, maka secara tidak langsung ia akan meningkatkan ekonomi MSC. Malah MSC Venture juga mahu melihat syarikat SME bertaraf dunia di dalam MSC. Dengan pelaburan itu, mereka akan mengambil saham minoriti dalam syarikat dan mereka akan membiarkan anda mengurus dengan gaya dan cara anda sendiri. Selain itu MSC Venture juga akan membantuk mereka mendapatkan bantuan kewangan tambahan dariapada geran lain atau pihak bank. Setelah produk itu dikeluarkan maka MSC Venture akan membantu dalam mempromosikan produk tersebut di pameran dagangan atau lawatan luar negara untuk mencari peluang baru, mendapatkan rakan niaga dan mungkin pelabur tambahan.

Siapa yang layak

MSC Venture Corporation akan menimbang syarikat akan telah membangunkan produk yang boleh dipasarkan dan memerlukan pengkomersialan produk.

Ciri-ciri kelayakan :

1. Syarikat berstatus MSC dan berpotensi untuk status MSC

Syarikat tempatan atau luar negara itu haruslah mempunyai status MSC atau yang berpotensi untuk mendapatkan status MSC. Syarikat itu hendaklah penyedia atau pengguna utama IT/multimedia dengan nilai pasaran yang kuat. Keutamaan diberikan kepada SME tempatan.

2. Permulaan, pembangunan dan pra-bursa

a. Permulaan (Startup) - Syarikat baru yang akan dibuka dalam masa yang singkat dan ia boleh dikomersialkan. Ia memerlukan modal untuk produksi, pemasaran dan jualan, mungkin masih belum mampu mengaut keuntungan.
b. Pembangunan - Syarikat yang hendak membesarkan perniagaan. Ia memerlukan modal untuk meningkatkan produksi atau pemasaran produk.
c. Pra-bursa - Syarikat yang bersedia untuk bursa saham atau perjanjian strategik. Ia memerlukan bantuan untuk apungan saham dan kegiatan korporat.

3. Kualiti lain

MSC Venture Corp mencari kualiti lain dalam sesebuah syarikat sebelum melakukan pelaburan. Antaranya ialah

1. Komited, berdaya dan pengurusan yang baik
2. Mempunyai produk yang berdaya maju
3. Pasaran yang unik dan besar
4. Teknologi yang termaju dan unik dan beruapaya untuk berinovasi dan berevolusi.
5. Mempunyai hakcipta tersendiri.
6. Berpotensi untuk bursa saham