Lapan Format Fail
 

Sebaik sahaja anda menyediakan lapoßran atau bahan persembahan yang dipenuhi dengan graf bar dan font-font yang menarik, anda akan kepilkan (attach) bersama mel elektronik (e-mel) yang dihantar. Anda terkejut kerana fail yang dihantar tidak dapat dibaca oleh penerima. Kenapa? Bagi berkomunikasi secara berkesan, anda perlu sediakan fail yang boleh disaling tukar dan boleh dibaca oleh pelbagai perisian dalam pelbagai persekitaran sistem pengoperasian. Sebenarnya anda boleh menukar format fail dengan mudah melalui menyimpan fail dalam jenis fail yang berbeza. Hanya klik menu "Save As" dalam atur cara berkaitan dan pilih jenis fail yang diperlukan. Jenis fail dikenal pasti melalui sambungan (extensions) selepas nama fail. Di sini disenaraikan beberapa jenis fail yang biasa anda jumpai dalam melaksanakan urusan komunikasi e-mel seharian.
 
 

Sambungan Makna Kegunaan
.rtf Rich Text Format (RTF), jenis fail asas yang dikenali oleh hampir semua perisian pengolah kata. Dengan menukar fail kepada RTF, and akan kekalkan kebanyakan font dan format. RTF membolehkan anda menggunakan pelbagai aplikasi dan sistem pengoperasian yang berbeza bagi  proses penghantaran dokumen. Pengguna Macintosh boleh membaca fail yang dibuat dalam Windows, dan pengguna WordPerfect boleh membaca fail RTF yang dihasilkan oleh Word.
.wk1 Format fail lembaran kerja yang digunakan oleh Lotus 1-2-3 Anda mungkin mahir menggunakan Excel, tetapi tidak semua ada perisian ini. Dengan menyimpan dalam format WK1, anda boleh berkongsi fail dengan pengguna yang menggunakan Lotus 1-2-3 dan Corel Quattro Pro.
.html Hypertext Markup Language (HTML),