Perkakasan permainan

Apabila anda bermain permainan bolasepak pada komputer anda pasti memerlukan perkakasan seperti kayu bedik, pad permainan (gamepad), bebola, papan kekunci dan tetikus. Ramai peminat permainan bolasepak menggunakan papan kekunci dan tetikus ketika bermain tetapi ia agak melambatkan dan susah hendak dikuasai. Ramai pengguna sering tidak sedar bahawa penggunaan pad permainan adalah lebih berkesan dan memudahkan kepermainan. Berikut adalah beberapa perkakasan permainan yang boleh anda dapati di pasaran untuk anda gunakan dalam permainan bolasepak berkomputer anda. Harga perkakasan-perkakasan ini adalah di antara RM80 hingga RM500.

Thrustmaster FireStorm Dual Power Gamepad
FireStorm Dual Power merupakan keluaran terbaru daripada Thrustmaster. Ia mempunyai susunan bebutang dan bedik yang teratur bagi memudahkan pengawalan dan pemanduan. Ia juga mempunyai pengetar (vibrator) dalaman bagi memberikan sensasi pergerakan semasa bermain.

Gravis Xterminator
Xterminator merupakan antara pad permainan yang terbaik dan menggunakan sistem GrIP ciptaan Gravis. Ia amat sesuai pada genggaman tangan walaupun ia mempunyai bebutang yang banyak dan bedik pada sebelah kiri. Sebuah pad permainan yang harus anda miliki!

Gravis Xterminator

Logitech MouseMan Wheel
Tetikus ini menggunakan optikal dan tidak bebola. Ia boleh dimuatkan pada tangan dengan baik dan segala bebutang boleh dicapai dengan memuaskan. Bagi anda yang biasa menggunakan tetikus untuk bermain maka tetikus ini merupakan yang terbaik.

Mad Catz Panther XL
Peranti ini adalah antara kayu bedik yang terbaik pernah dihasilkan. Dengan rekabentuk yang memanjang ke kiri maka ia telah membuatkan Panther XL sebagai sebuah perkakasan yang mudah dikuasai. Ia juga sesuai untuk permainan simulasi penerbangan.

Mad Catz Panther XL

Microsoft SideWinder Strategic Commander
Bentuk peranti ini adalah seakan sebuah tetikus tetapi ia merupakan sebuah emulasi papan kekunci (peranti alternatif memudahkan penggunaan kekunci). Sebuah peranti yang susah hendak dikuasai dan mempunyai pelbagai kombinasi bebutang untuk dihafal. Sesuai untuk permainan strategik dan permainan bolasepak.

Microsoft SideWinder Force Feedback 2
Kayu bedik ini merupakan siri kedua daripada SideWinder Force Feedback yang terkenal sebagai kayu bedik yang mampu memberikan kesan penggunaan yang menarik. Kayu bedik ini sedap dipegang dan memberikan rasa pergerakan yang kuat semasa penerbangan atau bermain.

InterAct AxisPad
Antara pad permainan yang terkecil dan mempuyai fungsian yang banyak. Ia mempunyai ciri-ciri seperti D-pad, empat picu, empat bebutang ibu jari dan sebuah bedik. AxisPad adalah sebuah pad permainan yang memuaskan dan pengawal permainan yang baik.

InterAct AxisPad

Saitek P1500
Pad permainan ini adalah untuk anda yang serius ketika bermain permainan komputer. Ia mempunyai sambungan USB dan boleh diaturcara menurut kehendak anda sendiri. Walaupun rekabentuk pad permainan ini agak canggih tetapi ia mudah digunakan dan senang dipegang.