Laman-laman hobi menarik

Selamat bertemu lagi dalam Jejak Siber. Kali ini kita meluncur dalam dunia hobi yang terdiri daripada pelbagai jenis dan citarasa. Mari kita lihat laman-laman menarik ini.

Kapalterbang kertas
Saya rasa ramai di antara pembaca ada membuat kapalterbang kertas dan mencampakkannya ke rakan atau bermain dengan rakan-rakan. Jika anda mahu meningkatkan keupayaan anda melipat kapalterbang anda boleh ke laman web ini. Terdapat banyak maklumat mengenai pembangunan kapalterbang kertas dan rekod-rekod dunia mengenai kapalterbang kertas. Ia juga mempunyai maklumat mengenai aerodinamik dan sumber pengajar. Anda juga boleh mendapatkan sejarah kapalterbang kertas di laman ini.
http://www.geocities.com/CapeCanaveral/1817

Persatuan filateli Amerika
Persatuan ini telah wujud sejak 1886 dan berhubungan dengan pengumpul setem dari lebih daripada 110 negara. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai persatuan, keahlian dan kebaikan laman ini. Anda boleh mendapatkan juga senarai penjual setem, buku, produk filateli dan berita semasa dunia filateli.
http://www.stamps.org

Persatuan Yo-Yo Amerika
Yo-yo pernah menjadi kegilaan para remaja tempatan. Ramai rakyat tempatan juga mahir memainkan yo-yo dengan gaya dan kemahiran yang tinggi. Laman ini merupakan sebuah laman yang segalanya mengenai yo-yo. Saya agak kagum dengan laman ini yang mengandungi sejarah yo-yo, cara-cara bermain yo-yo dan juga pelbagai artikel mengenai yo-yo. Tahukah anda terdapat juga kajian fizik mengenai yo-yo?
http://www.ayya.pd.net

Laman origami Joseph Wu
Origami merupakan sebuah seni lipatan kertas yang boleh membentuk objek dari negara Jepun. Lipatan kertas ini mampu menghasilkan objek-objek yang menarik seperti naga, bunga, kuda dan seumpamanya. Laman ini mengandungi sejarah origami, makumat mengenai persatuan origami, pelbagai foto origami dan cara-cara membentuk origami sendiri.
http://www.origami.vancouver.bc.ca

Matchbox
Adakah di antara anda suka mengumpul kereta kecil daripada Matchbox? Laman ini merupakan sebuah laman yang mampu memberitahu segala yang anda mahu tahu mengenai Matchbox. Laman ini penuh dengan galeri gambar, sambungan laman dan maklumat mengenai salah satu permainan yang paling popular di dunia. Tahukah anda era kereta mainan Matchbox bermula pada tahun 1947? Saya pun baru tahu!
http://www.shabbir.com/matchbox/mbmenu.html

TreasureNet
Laman ini merupakan sebuah laman buat pemburu harta karun serta peminat barangan lama. Laman ini mengandungi pelbagai artikel berkaitan carian, penemuan dan pemuliharaan barangan. Terdapat juga maklumat mengenai buku-buku, peta-peta dan pelbagai majalah berkaitan. Laman ini juga memaparkan pelbagai foto bersejarah dan mendapatkan maklumat mengenai penjual atau peraih barangan lama.
http://www.treasurenet.com

UnderWater World
Laman ini menyediakan sebuah pengalaman menarik berkaitan dengan dunia lautan dalam. Laman ini memaparkan ikan-ikan, tumbuhan laut dan melawat dunia ikan di seluruh Amerika. Antara laman yang menarik ialah Minnesota Lake, Mississippi River, Gulf of Mexico, dan Caribbean Reef. UnderWater World memaparkan pelbagai fakta menarik dan foto yang cantik. Ia merupakan bahan pendidikan yang baik untuk kanak-kanak.
http://www.underwaterworld.com

Dunia pengumpul
Apa sahaja yang dikumpul, tidak kira kekotak susu, kad telefon, buku komik atau kad sukan. Ia juga mempunyai carian untuk penjual barangan lama, lelongan, panduan harga, iklan percuma dan perjumpaan antarabangsa pengumpul.
http://www.wwcd.com

Artis animasi
Selain daripada rekabentuk grafik, animasi juga adalah sebuah cabang seni untuk dunia rekabentuk berkomputer. Laman ini adalah sebuah laman dedikasi kepada dunia kerjaya artis animasi. Jika anda seorang professional atau pelajar animasi atau peminat animasi, laman ini adalah untuk anda. Terdapat pelbagai jenis bahan dan tutorial untuk anda gunakan.
http://www.animationartist.com

Sumber seni internet
Sebuah laman yang mendakwa mempunyai panduan yang lengkap kepada dunia seni visual. Setiap hari laman ini dikemaskini dengan memaparkan galeri, artis, muzium, sekolah dan pameran. Selain itu terdapat artikel, reviu dan berita semasa. Terdapat juga artikel-artikel menarik mengenai lukisan terkenal yang dicuri dan lukisan yang tidak boleh dipamerkan!
http://artresources.com

Galeri siber Eindhoven
Laman ini memaparkan hasil seni beberapa artis dari Belanda dan beberapa artis jemputan daripada Amerika Syarikat. Antara yang dipaparkan di sini ialah lukisan dan seni digital.
http://www.cage.nl