Grafik dan animasi percuma

Dalam web terdapat banyak laman web yang menawarkan grafik dan animasi GIF secara percuma. Namun begitu memilih yang terbaik bukanlah sebuah tugas yang mudah tetapi semua laman web ini mempunyai sambungan kepada dan daripada satu sama lain. Pencarian grafik yang sempurna mungkin menjadi satu ketagihan.

Animasi menarik

Laman ini mendakwa mempunyai lebih daripada 20,000 animasi GIF, latar belakang dan gambar. Yang terbaik daripada laman ini adalah animasi GIF. Anda boleh dapatkan sebarang animasi GIF daripada sukan kepada sambutan hari kebesaran dan anda boleh gunakannya untuk laman anda. Selain itu anda boleh dapatkan kod tag meta, tetingkap dan menu daripada laman ini.
http://www.gifanimations.com

Segalanya percuma

Anda akan mendapati ribuan imej percuma untuk anda dapatkan dan gunakan. Ia juga mempunyai sambungan kepada ribuan laman web grafik percuma. Anda boleh dapatkan animasi GIF, garisan, bebola dan perentang di samping gambar yang terdapat dalam pelbagai kategori. Gunakanlah sepuasnya.
http://www.allfree-clipart.com

Web kreatif

Laman ini mempunyai sebuah kemudahan untuk membina perentang, bebutang dan logo secara percuma. Ia menawarkan pembinaan logo dan bebutang yang cepat, mudah dan percuma. Banyak perentang yang menarik boleh dihasilkan daripada laman web ini.
http://www.Crecon.com/banners.html

Foto percuma

Anda boleh memuaturun lebih daripada 18,000 foto percuma yang dibahagikan kepada 40 jenis kategori dan 600 subkategori. Antara imej-imej yang boleh didapati adalah daripada Eropah, Timur Australia dan UK. Sebuah laman foto yang menarik dan yang pentingnya percuma.
http://www.freefoto.com

Grafik percuma

Terdapat lebih daripada 30,000 imej, animasi, bebutang, ikon dan grafik untuk anda pilih. Laman ini merupakan salah satu laman grafik terbesar dalam web. Jika anda seorang yang baru ingin memulakan laman web, pergilah ke laman web ini.
http://www.free-graphics.com

Foto percuma lagi

Laman ini menawarkan pelbagai jenis gambar foto untuk anda gunakan. Kebanyakan foto dalam laman ini menawarkan imej alam sekitar, angkasa lepas dan tempat-tempat menarik di Amerika Syarikat. Perlukan foto menarik dan percuma, inilah lamannya.
http://www.freestockphotos.com

Animasi Ulead

Laman ini menyediakan pelbagai animasi GIF menarik untuk sambutan perayaan-perayaan dan juga cuti umum. Apabila anda memilih untuk mendapatkan sesebuah imej, sebuah tetingkap akan memaparkan saiz dan arahan muat turun. Selamat ambil imej!
http://www.webutilities.com/community/gifzone/libraries/default.asp

Audio percuma

Jika anda memerlukan fail MIDI untuk laman web anda, laman ini adalah sesuai untuk anda. Anda boleh mencari menurut nama fail atau jenis fail. Lagu Siti Nurhaliza ada ke?
http://www.freeaudioclips.com

Muzik untuk laman web

Semua muzik dalam laman web ini dikategorikan menurut panjang dan tema seperti Italian, Hard Rock dan Pop. Terdapat pelbagai jenis lagu yang sesuai menurut mood anda. Setelah mengambil muzik daripada laman ini pastikan yang anda memberikan kredit kepada tuan punya laman ini.
http://www.mfwp101.com/freemusic.html