Make your own free website on Tripod.com
Teknologi Komputer Masa Hadapan

Menjelang alaf baru bukan sahaja kebimbangan mengenai Y2K sahaja yang timbul tetapi kenyataan tentang masa depan dunia pengkomputeran yang optimistik. Malah para saintis dan juga pakar-pakar komputer telah menyenaraikan beberapa aspek komputer di masa hadapan yang akan dijadikan inisiatif pada alaf baru. Dengan itu mereka telah menyenaraikan 10 aspek teknologi komputer masa hadapan.

Komputer akan mempunyai sifat kemanusiaan
Dengan itu komputer akan memahami arahan suara, kepenggunaan kehadiran maya (virtual presence) dan mengecam emosi.

Rangkaian akan menjadi lebih bijak
Sistem rangkaian yanag akan diwujudkan mempunyai ciri-ciri seperti lebih pantas, sistem rangkaian rumah yang lebih bijak, penggunaa IPV4, talian digital dan intra sambungan dengan pelbagai peralatan telekomunikasi.
 
Web juga menjadi lebih bijak 
Web juga akan memperkenalkan portal peribadi, penggunaan XML menggantikan HTML dan penggunaan percarian menerusi imej atau QBIC (Query By Image Content). 

Peranti kecil berfikiran sendiri 
Peranti-peranti seperti telefon, jam tangan, ketuhar gelombang mikro, TV dan peti sejuk akan menjadi lebih bijak. Penggunaan perisian seperti StrongARM, DragonBall dan pSOS akan dipertingkatkan. 

Perisian menjadi lebih pintar
Perisian-perisian akan menggunakan arahan suara, penggunaan bahasa semulajadi, menggunakan teknologi Neural Net. Perisian sistem pengoperasian rangkaian juga akan menjadi lebih pintar seperti Bayesian Networks yang mampu berfungsi secara sendiri. 

Ekonomi Internet akan berkuasa
Ekonomi Internet akan berkembang dengan pesat dan laman Web e-dagang akan menjadi satu agenda utama pada alaf baru. Dengan seramai 180 juta pengguna Internet seluruh, jumlah yang bakal dibelanjakan dalam Internet adalah sebanyak AS$41 bilion menjelang 2003.

Komputer generasi baru
Komputer akan memunculkan paparan Super XGA (1,280-by-1,024), paparan Roentgen, sebuah paparan 16.3-inci dengan resolusi 2,560 x 2,048 dan paparan yang luas serta besar.

Hiburan maya
Lebih banyak watak digital realistik dapat dihasilkan. Teknologi 3D dan aliran SIMD Extensions (SSE) akan dipermajukan. Ruangan Chat akan diadakan dalam bentuk 3D chat. Manakala dalam pembikinan permainan DirectX 8.0 pula akan dihasilkan.

Identiti Digital
Maklumat diri akan menjadi lebih terbuka dan bebas. Akhirnya segala maklumat diri yang peribadi boleh dicapai dnegan mudah. Manakala maklumat dan transaksi dalam e-dagang pula akan dipertingkatkan dan ini akan membuatkan para pelanggan berasa selamat.

Ramalan
Menjelang tahun 2011, mikroproses akan menggunakan satu bilion transistor dan beroperasi pada kelajuan 10GHz serta menggunakan proses teknologi semikonduktor 0.07-micron yang mampu melakukan kiraan 100 bilion operasi sesaat.