Make your own free website on Tripod.com
Keluaran terbaru Apple G4
 
Dalam keluaran yang lalu saya telah membentangkan mengenai komputer Apple G3 dan kini telah dikeluarkan pula Apple Power Mac G4. Jika G3 merupakan satu revolusi baru dalam dunia pengkomputeran berasaskan Mac, dengan itu G4 pula merupakan asas kepada pengkomputeran alaf baru.

Ia pasti menjadi idaman sesiapa sahaja yang pernah melihat atau mencuba G4 kerana ciri-cirinya yang termaju dan canggih. Komputer Mac baru ini bukan sahaja yang terpantas dalam sejarah Mac tetapi juga mencatat sejarah komputer peribadi paling laju yang pernah dihasilkan. Keupayaan ini lebih terserlah dengan begitu ketara apabila ia digunakan dengan pelbagai perisian grafik serta animasi yang memerlukan sebuah komputer yang berkuasa.

Sekirannya anda membandingkan komputer Mac G4 dengan PC yang menggunakan Intel Pentium III yang paling pantas sekalipun, PC masih tidak dapat menandingi kelajuan G4. Menurut ujian dengan pelbagai perisian yang telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu ia mendapati bahawa Mac G4 beroperasi antara 100% hingga 200% lebih pantas berbanding dengan PC berasaskan Pentium III.

Para pemerhati berharap komputer seperti G4 ini akan berada di pasaran jauh lebih cepat kerana ia akan membantu pasaran G4. Ini merupakan suatu perkembangan yang positif kerana pada tahun 2000 nanti pasti memberikan kita harapan melihat lebih banyak komputer seperti ini bersaing. Ini bermakna Apple sudahpun menyusun strategi untuk menghasilkan pemproses yang lebih pantas daripada G4.

Komputer seperti ini sesuai digunakan oleh para professional, saintis, pendidik, ahli muzik dan lain-lain pengguna yang memerlukan keupayaan komputer yang sebaik mungkin. Bagi golongan professional yang terlibat dengan penghasilan fail imej resolusi tinggi, tugasan pengendalian imej yang memerlukan kesan pencahayaan khas, penghasilan 3D, video digital, suara atau bunyi yang canggih, komputer G4 dapat memenuhi keperluan tersebut.

Power Mac G4 mengendalikan aplikasi seperti Adobe Photoshop, InDesign dan QuarkXPress dengan baik. G4 melakukan kerja-kerja grafik yang menggunakan tugasan intensif pemperoses untuk pengaburan Gaussian, pencahayaan, pemusingan dan pertukaran warna pada imej.

Kelengkapan
 
Rekabentuk luarannya direka dengan penutup badannya mudah dibuka untuk akses komponen dalaman. Power Mac G4 dibina dengan sistem bas dan memori tiga kali ganda lebih tinggi daripada G3. Ia juga dilengkapi dengan pemacu grafik AGP 2X dan cakera keras Ultra ATA/66 yang sangat pantas.

Power Mac G4 mempunyai keupayaan kapasiti RAM dari jenis PC100 SDRAM sehingga 1.5GB. Ini bermakna anda sentiasa mempunyai memori yang cukup bagi segala aplikasi yang ingin anda gunakan dan menghasilkan persembahan yang amat ketara pantasnya. 

Ini adalah kerana tugasan penyuntingan video professional memerlukan papan tambahan bagi kesan khas dan pemprosesan audio daripada pelbagai jenis yang berbeza. Power Mac G4 merupakan dapat dikembangkan dengan begitu sarat sekali dan ini mencatat sejarah Macintosh. Anda dapat menggunakan storan lebih daripada 100 gigabyte secara dalaman. 

Ia dilengkapi dengan dua penghubung FireWire 400MBps untuk sambungan kamera digital video, pemacu cakera keras, dan perkakasan tambahan multimedia berkelajuan tinggi. Sebagai tambahan terdapat dua port USB yang boleh menyokong sehingga 127 perkakasan tambahan bagi setiap pembahagian.

Terdapat juga pilihan untuk AirPort dan AirPort Base Station bagi hubungan rangkaian tanpa wayar. Ini telah membawa G4 jauh kehadapan berbanding dengan komputer lain dalam industri ini.

Untuk mengembangkan G4 pula tidak menyukarkan para pemiliknya kerana bukan sahaja mudah dan cepat tetapi tanpa membuang masa serta tenaga. Anda dapat meningkat taraf komputer G4 anda secara segera. Ia mempunyai penutup
pembukaan di sebelah tepi yang seperti pintu tingkap dan boleh dibuka pada bila-bila masa yang anda mahukan serta tiada latihan diperlukan.

Teknologi komputer super G4

Komputer super telah membantu perkembangan bidang sains walaupun tidak semua bidang sains dapat menggunakannya atau benar-benar memerlukannya. Ini adalah kerana ia berharga berpuluh juta dollar serta sarat. G4 kini memberikan pilihan kepada golongan ini kerana memiliki G4 adalah seperti memiliki supercomputer di atas meja anda.

G4 memiliki keupayaan dan kepantasan memproses data seperti yang dimiliki oleh supercomputer. Ia adalah daripada arkitektur Apple, Motorola dan IBM dan ia didakwa sebagai pemproses mikro pertama yang memiliki keupayaan ini.

Sudah tentu, penggunaan komputer jenis ini dapat di sesuaikan dengan pelbagai penggunaan lain.
 
G4 sesuai digunakan untuk grafik dan permainan 3D, sains bio hingga ke penghasilan model. Sebagai contoh, ia berupaya mengerjakan pelbagai imej canggih dengan menggunakan penapisan Photoshop di atas G4 untuk kajian astronomi atau bagi polis menyelesaikan kes jenayah. 

Ia dapat melakukan tugasan dengan begitu pantas. Satu ujian telah dijalan menggunakan 500MHz G4 dan 600MHz Pentium III dan hasilnya menunjukkan G4 adalah hampir tiga kali lebih pantas. Contohnya, tugasan Photoshop yang biasa dapat dilakukan dua kali lebih pantas di atas Power Mac G4 berbanding sistem Pentium III

Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang dimiliki oleh Power Mac G4 dan ciri-ciri yang membezakan komputer ini dengan yang lain. Untuk menerangkan segala ciri yang terdapat dalam G4 yang baru ini di dalam ruangan ini pasti tidak dapat dimuatkan. Apa yang dapat dirumuskan di sini ialah, Apple sentiasa perihatin kepada perkembangan kehendak para pengguna yang sentiasa dahagakan kuasa.

Dengan terhasilnya produk G4 ini pasti menyenangkan banyak pemaju perisian serta multimedia untuk menghasilakn produk mereka. Kemajuan ini membuka saingan yang lebih kompetitif dalam penghasilan komputer yang lebih canggih serta pantas pada tahun 2000 nanti.

kembali