Menjadi Pelajar Maya yang Berjaya

Sebagai seorang pelajar dalam talian (online), mereka ini mempunyai kualiti tersendiri. Kebanyakan mereka ini terdiri dari mereka yang sudah bekerja. Mereka memilih pembelajaran secara online untuk membaiki dan mempertingkatkan peluang untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Sungguhpun sekolah tradisional masih dan akan terus memainkan peranannya menyalurkan ilmu kepada pelajar-pelajar tetapi, bilik darjah virtual semakin memainkan peranan penting di dalam komuniti pada masa kini. Sebagai pelajar online, beberapa kualiti mesti ada pada mereka.

1) Mempunyai pemikiran terbuka tentang perkongsian hidup, kerja dan pengalaman akademik sebagai proses pembelajaran.
Dunia online seharusnya terbuka dan ramah. Sebarang forum online seharusnya mengurangkan keraguan seseorang itu untuk meluahkan perasaan mereka. Setiap pelajar diberi masa untuk memikirkan maklumat yang diterima sebelum memberi sebarang respon.

2) Boleh berkomunikasi dengan melalui penulisan.
Boleh dikatakan kesemua komunikasi di dalam bilik darjah virtual dikendalikan di dalam bentuk tulisan. Setiap pelajar mesti mampu menulis apa yang dirasakan oleh mereka.

3) Motivasi dan disiplin diri
Belajar secara online memberikan kebebasan dan fleksibiliti kepada pelajar. Setiap pelajar perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing. Proses pembelajaran online memerlukan komitmen dan disiplin yang ketat bagi membolehkan setiap pelajar mengikutinya.

4) Berani bertanya jika menghadapi masalah
Apabila anda belajar secara online, sebarang masalah yang anda hadapi seperti tidak faham pelajaran yang diajar atau bosan dengan subjek tertentu, tidak dapat diketahui secara terus oleh tenaga pengajar kerana mereka tidak dapat melihat reaksi anda apabila proses pembelajaran berlaku. Anda sebagai pelajar online harus memberitahu secepat mungkin sebarang masalah yang anda hadapi.

5) Memperuntukkan 4-15 jam seminggu bagi setiap kursus.
Belajar secara online tidak semudah seperti yang disangkakan. Belajar secara online memerlukan lebih masa dan komitmen daripada belajar secara tradisional.

6) Memenuhi syarat minimum program
Syarat dikenakan ke atas pembelajaran secara online adalah sama seperti program akademik tradisional. Belajar secara online hanya merupakan kaedah yang menyenangkan penerimaan pembelajaran dan bukannya merupakan 'jalan pintas' untuk mendapat kejayaan.

7) Menerima sebarang pemikiran kritikal dan membuat keputusan sebagai proses pembelajaran.
Proses pembelajaran memerlukan pelajar membuat keputusan berdasar fakta dan pengalaman. Assimilating information and executing the right decisions requires critical thought; case analysis does this very effectively.

8) Mempunyai komputer dan modem
Medium digunakan sebagai komunikasi ialah komputer, talian telefon, dan modem. Setiap pelajar harus mempunyai ekses bagi setiap peralatan yang diperlukan.

9) Mampu memikirkan ide sebelum memberi respon
Input yang bermakna dan berkualiti merupakan salah satu bahagian terpenting di dalam proses pembelajaran secara virtual. Setiap pelajar diperuntukan masa secukupnya bagi membolehkan setiap pelajar itu memberikan respon yang bernas.

10) Kualiti pelajaran yang tinggi dapat diperolehi tanpa melalui pembelajaran secara tradisional.
Jika pelajar merasakan bilik darjah tradisional merupakan syarat penting bagi menimba ilmu, mereka akan merasa lebih selesa belajar di dalam kelas tradisional. Tidak semua pelajar dapat menerima proses pembelajaran boleh didapati secara online. Pelajar yang mahukan proses pembelajaran secara tradisional mungkin tidak akan merasa senang apabila terpaksa belajar secara online. Perlu disedari bahawa tahap interaksi sosial adalah tinggi bagi mereka yang mengikuti pembelajaran secara virtual kerana banyak halangan dapat dibendung menggunakan format online.

Setiap pelajar online perlu:
- mengambil bahagian di dalam bilik darjah virtual 5-7 hari seminggu
- mampu berkerjasama dengan yang lain untuk melaksanakan sebarang projek
- mampu menggunakan teknologi dengan betul
- mampu memenuhi standard minima yang ditentukan oleh institusi
- mampu menyelesaikan tugasan dalam masa yang diberikan
- seronok berkomunikasi secara bertulis

Proses pembelajaran secara online memerlukan komitmen yang tinggi. Mengambil bahagian di dalam kelas dan menyelesaikan kerja pada masa yang tepat adalah penting. Jika seseorang pelajar online ketinggalan dalam pelajarannya adalah sukar baginya untuk 'catch up'. Pelajar online mesti mempunyai kemahuan untuk mengambil bahagian di dalam kelas dan mempunyai kemahuan untuk mendapatkan pengalaman.