Windows Media Player 7

Jika anda mencari sebuah pemain multimeida untuk memainkan audio dan video daripada sumber dalam talian. Microsoft Windows Media Player 7 adalah sebuah pemain yang sesuai. Player 7 disertakan dengan Windows Millennium Edition tetapi versi ini boleh dipindah terima daripada laman web tapak web Microsoft (http://www.microsoft.com/windowsmedia). Windows Media Player 7 tidak sesuai untuk Windows 95 atau Windows NT 4. Selain daripada itu anda juga boleh gunakan pemain media popular seperti RealPlayer.

Windows Media Player 7 menyokong pelbagai jenis audio, video dan fail pelbagai media supaya anda boleh mendengar lagu-lagu kegemaran anda atau siaran radio atau menonton wayang dalam aliran video. Antara format yang terdapat ialah Windows Media, MPEG (Moving Pictures Experts Group), MIDI (Musical Instrument Digital Interface), Apple QuickTime Macintosh, dan UNIX.

Media Player 7 berbeza dengan versi 6.4. Perisian yang dipaparkan mempunyai 10 saluran kawalan untuk mengendalikan kecerahan video. Anda juga boleh menukar antaramuka dengan memindahterima "skins" dariapda tapak web Microsoft bagi menukar rupabentuk pemain tersebut. Windows Media Player 7 menawarkan teknologi SRS WOW 3-D yang memberikan kesan bunyi sekeliling dengan bass yang dinamik dan dalam. Windows Media Player 7 juga menyokong media storan seperti Smart Media, kad CompactFlash, dan pemacu Zip dan Jaz; muzik akan dipindahkan dengam mudah. Perisian ini bersaiz 9,547KB dan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk dipindahterima menerusi modem 56KBps.

Untuk memainkan video atau audio, dwi-klik fail dan Windows Media Player 7 akan dilancarkan secara automatik. Windows Media Player 7 akan mengawal seperti sebuah pemain CD yang menyediakan bebutang Stop, Play, Pause, Rewind, Fast Forward, dan sebagainya. Pemain ini juga menawarkan bebutang penjelajahan iaitu Home (terbahagi kepada Chat, Download Skins, Webcams, dan Music Videos), Music dan Radio.

Selain daripada Windows Media Player 7 anda boleh gunakan RealPlayer yang juga menyokong sebahagian besar daripada fail yang disokong oleh Player 7. Selain itu RealPlayer mempunyai sambungan failnya tersendiri iaitu RA (RealAudio), RV (RealVideo), dan RM (Real-Media). RealPlayer juga mempunyai rekaletak yang serupa dengan Player 7, termasuklah kawalan pemain CD, equalizer tiga saluran dan sambungan ke tapak-tapak web radio dan video. RealPlayer boleh didapati percuma tetapi untuk mendapatkan kualiti video dan equalizer 10 saluran anda hendaklah dapatkan RealPlayer Plus untuk AS$29.99.

Pemasangan

Jika anda hendak memasang Windows Media Player, taipkan http://www .microsoft.com/windowsmedia pada ruang Addres pada pelayar web anda. Daripada laman Windows Media page, klik Downloads, dan skrin Download Center akan muncul. Pada ruang Windows Media Player For, pilih Player 7 untuk Windows 98 dan Windows 2000 daripada menu. Kemudian klik bebutang Download Now. Tetingkap File Download akan muncul. Klik bebutang pada "Save This Program To Disk" dan klik OK. Dalam tetingkap "Save As", pilih lokasi untuk anda simpan Media Player, contohnya My Briefcase. Klik anak panah dalam tetingkap "Save In" untuk menyatakan lokasi dan akhir sekali klik Save.

Setelah ia habis dipindahterima pergi ke folder di mana anda simpan fail itu dan dwi-klik fail tersebut. Sebuah kekotak akan muncul untuk memastikan yang anda mahu meneruskan pemasangan Windows Media Player. Klik Yes dan ikutilah arahan pemasangan. Setelah itu anda bolehlah melihat video dan mendengar lagu-lagu MP3.