Worms Armageddon

Worms Armageddon merupakan sebuah permainan daripada urutan permainan Worms 2. Worms yang merupakan watak utama dalam permainan ini adalah Wormsyang kelakar, cepat marah dan bijak. Jika dilihat sekali imbas, anda dapati permainan ini kelihatan mudah dan ringkas tetapi sebenarnya ia adalah sebuah permainan strategi yang terbaik, canggih dan menghiburkan.

Worms Armageddon mempunyai kempen seorang pemain yang baru dan permainan gabungan dalam talian (online). Selain itu Worms Armageddon juga mempunyai 12 senjata dan perkakasan baru untuk digunakan. Segala paparan luaran Worms Armageddon adalah memuaskan seperti antaramuka, kesan bunyi dan kepermainan. Jika anda pernah bermain Worms 2 sebelum ini maka Worms Armageddon adalah sesuatu yang berlainan dan baru.

Worms Armageddon mudah dimain dan dikawal, kedua-dua faktor ini merupakan penyumbang utama kepada kejayaan permainan ini. Anda juga pasti akan bertembung dengan sebuah lagi pasukan worms semasa anda menjelajah lanskap untuk mendapatkan bahan yang terdiri daripada himpunan sampah sehinggalah sebuah timbunan buku. Dengan itu anda hendaklah bijak membahagikan kumpulan anda kepada dua iaitu satu untuk menjalankan tugas iaitu memakan bahan dan satu lagi menembak musuh. Senjata yang boleh digunakan adalah seperti bom tangan, senapang patah, bat baseball dan penyembur api.
Worms ini juga mahir dalam seni mempertahankan diri dan ia digunakan bila perlu sahaja.

Semasa menjalankan tugas dan berkonfrontasi dengan musuh, Worms ini akan bertindak dengan cepat dan juga menembak dengan agak tepat. Contohnya apabila Worms menembak musuh anda dengan bazooka, anda akan dapati bahawa sebelum melakukan tembakan mereka akan mengambil kira jarak, arah angin dan kuasa. Walaupun tembakan anda hanya terkena berhampiran dengan musuh ia masih boleh menyebabkan kerosakan yang maksimum.

Grafik dan bunyi dalam Worms Armageddon adalah baik kerana terdapat pelbagai latar belakang yang menarik dan ia berubah secara rawak menurut kepermainan. Semua Worms kelihatan cantik dan ia memaparkan rawak muka yang garang semasa permainan berlangsung. Kesan khas seperti letupan dan api adalah realistik dan ia menambahkan daya tarikan kepada permainan ini. Adakalanya kesan khas itu berulang-ulang dan ini agak melucukan kerana grafiknya juga akan cuba menurut apa yang dilakukan oleh kesan khas itu. Anda juga boleh membuat Worms itu bercakap dalam pelbagai bahasa seperti Russia, Greek, Africa, English, Perancis, Sepanyol dan Jerman.
 

Hampir kesemua ciri-ciri pada kepermainan seperti kesihatan, senjata dan kempen misi. Malah anda boleh bermain misi-misi kecil sementara menanti atau semasa permainan pelbagai pemain berlangsung. Kempen misi dalam Worms Armageddon adalah berbentuk teka-teki dan berbentuk linear. Hampir semua teka-teki yang disediakan adalah susah tetapi keseluruhan kempen adalah satu set permainan yang menyeronokkan.

Malang sekali musuh anda (komputer) tidak mampu menggunakan keseluruhan senjata utama dan anda pasti mahukan lebih banyak koleksi senjata untuk digunakan. Walaupun kesan grafik dan kepermainannya adalah ringkas tetapi ia akan memberikan rasa bosan apabila anda telah memainkannya dalam masa yang agak lama. Worms Armageddon boleh dilanjutkan kepada versi yang kedua kerana rekabentuk perisiannya yang terbuka. Kita tunggu dan lihat kemunculan versi kedua nanti.

Menarik : Satu lagi permainan Worms. Penggunaan senjatayang pelik. Mudah dimainkan. Mencabar. Menyeronokkan.
Kurang menarik : Misi yang agak susah

Kehendak sistem minima : Celeron 266MHz, 32MB RAM, 8x pemacu CD-ROM, 50MB ruangan cakera keras, kad grafik dengan 2MB RAM dan sistem multimedia.