Tingkatkan multimedia

Multimedia juga wujud dalam internet dan ia memberikan kesan menarik kepada laman web. Video, muzik dan klip video dalam pelbagai format. Segalanya melibatkan beberapa kelengkapan seperti pelayan untuk menyimpan klip video dan juga capaian internet.

Mainkanlah

Pemain multimedia seperti Windows Media Player boleh memainkan fail MP3 iaitu sebuah format fail muzik yang memampatkan audio kepada bunyi yang berkualiti tinggi. Namun begitu perisian itu tidak dapat menyaingi perisian seperti Winamp dan Sonique (http://www.sonique.com). Kebanyakan pemain seperti ini mempunyai keupayaan untuk memaparkan kulit CD, nota lagu dan pencipta lagu. Produk seperti Winamp membolehkan anda membangunkan kulit (skins) bagi mencantikkan rupa perisian. Ia juga mempunyai beberapa perisian tambahan (plug-in) bagi menambahkan keupayaannya. Anda boleh dapatkan Winamp di http://www.winamp.com.

MP tiga

Anda boleh dapatkan banyak MP3 di dalam internet dan hampir kesemuanya adalah salinan tidak sah. Ini akan membuatkan syarikat rakaman marah dan artis mereka kehilangan mata pencarian. Untuk mendapatkan MP3 yang sah, berita industri MP3, perisian dan fail percuma pergilah ke MP3.com di http://www.mp3.com.

Banyak format

Terdapat banyak pemain media yang boleh memainkan pelbagai format fail. Namun begitu setiap kali anda memasang pemain media yang baru ia akan cuba mengawal seberapa banyak jenis fail yang ia boleh. Dalam masa yang sama anda boleh memilih jenis fail yang anda mahu pemain itu kawal. Anda boleh lakukan ini semasa anda memasang perisian itu atau menerusi bahagian pencirian (preference atau options) perisian.

Kualiti video

Anda boleh melakukan beberapa perkara untuk meningkat kualiti video. Anda boleh tentukan monitor kepada warna 16-bit atau 24-bit. Anda boleh kemaskini pemacu (driver) video dan terdapat beberapa fail pemacu yang bertentangan dengan beberapa jenis pemain media. Jika pemain anda mempunyai bebutang Zoom, jangan gunakannya kerana ia mungkin akan melambatkan aliran video.

Tambah ruang

Untuk meningkatkan kualiti mainan audio untuk aliran media semasa perpindahan fail, anda boleh tingkatkan ruang buffer. Buffer ini membolehkan sambungan yang perlahan untuk memainkan klip video atau audio berkualiti tinggi dengan menyimpan sebahagian daripada failnya di dalam komputer. Dengan itu jika buffer itu dapat ditingkatkan maka lebih baik kualiti yang anda dapat.

Radio internet

Jika anda mahu mendapatkan stesyen radio dalam talian anda boleh gunakan Internet Explorer (versi 5.0 ke atas). Untuk mendapatkan keupayaan radio, klik kanan pada bahagian menu dan pilih Radio. Pilih Radio Station Guide daripada menu Radio Stations dan anda boleh pilih lebih daripada 300 radio stesyen.

Ikut masa

Jika anda masih ada masalah untuk memindah terima fail multimedia yang besar, anda boleh cuba petua ini. Jika anda cuba alirkan fail dan ia menjadi sebuah masalah anda boleh cuba dapatkannya semasa masa tidak sibuk iaitu selepas 5 pm hingga 11 pm atau dapatkan modem atau talian yang lebih laju. Pastikan yang anda boleh dapatkan perisian versi terbaru yang anda gunakan termasuklah fail pemacu untuk video atau audio. Dua lagi perkara yang perlu ditingkatkan ialah peningkatan RAM atau menambah keupayaan CPU. Setelah anda lakukan peningkatan anda pasti akan dapat merasakan perubahannya.

Tayangkan

Satu cara untuk mencari multimedia dalam internet ialah menerusi tiga laman terbesar iaitu Apple, RealNetworks, and Microsoft di mana ketiga-tiga mempunyai pemain mereka sendiri. Laman-laman ini mempunyai media yang percuma termasuklah radio, klip video, konsert, televisyen dan sukan. Anda boleh pergi ke laman-laman berikut QuickTime Showcase (http://www.apple.com/quicktime/hotpicks/), RealNetworks' Real Guide (http://realguide.real.com), dan WindowsMedia.com (http://windowsmedia.Microsoft.com/default.asp).