Make your own free website on Tripod.com
M25 Racer - Lumba Vroom! Vroom!

M25 Racer merupakan salah satu permainan arkib berlumbaan cuba meniru dan meniti kejayaan Need For Speed (NFS) dengan menggunakan kereta canggih dan eksotik. Namun begitu sehingga kini tiada sebarang permainan yang mampu menyaingi NFS termasuklah permainan M25 Racer ini.

Ciri permainan utama M25 Racer ini dibahagikan kepada sistem tiga liga yang mana anda hendaklah menang untuk naik ke liga yang teratas. Dalam setiap liga terdapat tempat serta jenis kereta yang terhad untuk dipilih. Liga pertama ialah liga Small Car mempunyai pilihan daripada Mini Cooper sehingga kepada BMW Z3. Manakala kereta-kereta seperti Jaguar XK8, Aston Martin DB7, TVR dan Rolls-Royce terdapat dalam liga Luxury Sports Car. Liga terakhir ialah liga GT Race Car yang menempatkan kereta-kereta eksotik seperti Porsche 911, Lamborghini Diablo dan Mclaren F1.
 
Dalam M25 Racer, anda boleh membeli dan mengubahsuai kereta dengan wang kemenangan yang anda perolehi. Walau bagaimanapun yang menghairankan kereta yang disediakan sebagai kereta bonus adalah kereta GMC Delorean (kereta The Back to the Future) yang tidaklah secanggih kereta McLaren F1 atau Merz CLK. Walaupun kereta Delorean itu kelihatan menarik tetapi ia bukanlah sebuah kereta yang terkini dan termaju.

Terdapat juga mod permainan dalam permainan seperti The Sunday Cup dan Time Trial. Dengan kedua-dua mod ini anda boleh mendapatkan pengalaman yang berharga daripada berlumba dalam setiap litar. Setelah melengkapi mod Sunday Cup anda boleh berlumba dengan kereta polis yang tidak langsung mempunyai keupayaan yang tinggi.
 

Aliran aksi dalam M25 Racer adalah sama dengan Need for Speed iaitu kehadiran pemandu lain dan polis disamping enam pencabar lain. Grafik yang mengambarkan mercutanda terkenal seperti Big Ben, London Bridge dan The Millennium Dome adalah menarik dan ia pasti mengambil masa yang lama untuk pembangun perisian itu menghasilkannya.

Terdapat beberapa laluan pilihan contohnya menerusi pasar atau pusat membeli-belah tetapi sayangnya tida terdapat orang yang lalu-lal