Penampilan PageMill 3.0

Akhirnya Adobe telah mengubahsuai perisian penghasilan HTML, Adobe PageMill yang kini telah memasuki versi 3.0. Ini juga merupakan pertama kalinya Adobe telah mengeluarkan perisian versi terbarunya buat Windows terdahulu daripada versi Mac. Walaupun ia dikatakan menjalankan perubahan yang ketara tetapi sebenarnya hanya sedikit sahaja perubahan dilakukan ke atas perisian PageMill ini.

Dalam PageMill versi baru ini ialah pengendalian tapak Web telah dipermudahkan. Melalui fungsi terbaru ini anda dapat melihat tapak Web anda secara grafik dan melakukan operasi 'Find and Search' bagi dokumen-dokumen yang ada, dan 'upload' laman anda ke 'remote server'. PageMill 3.0 ini memberi kemudahan operasi 'upload' yang lebih mudah. Sungguhpun begitu terdapat kelemahan seperti anda tidak dapat 'doanload' tapak Web yang sedia ada dari 'remote server'. Sebaliknya anda perlu menggunakan klien FTP untuk tujuan tersebut. Satu lagi ciri baru yang terdapat di dalam PageMill 3.0 ialah 'cursor' anda akan tetap kedudukannya apabila anda di dalam WYSIWYG dan di dalam 'source code view'.
 
PageMill 3.0 membenarkan pengguna menjalankan Java dan Applet ActiveX di dalam mod 'Preview' dan mod 'Edit'. Pagemill 3.0 juga menyokong tag fon dan mempamerkan fon yang sedang digunakan. Penggunaan borang (form) juga lebih baik berbanding dengan PageMill 2.0. PageMill 2.0 tidak membenarkan anda meletakkan lebih dari satu borang bagi setiap muka surat kecuali jika anda menggunakan 'source code'. Dengan PageMill 3.0 anda boleh meletakkan seberapa banyak borang yang anda mahu ke dalam satu muka surat.

PageMill masih lagi merupakan cara yang termudah dan termurah untuk membina laman Web. Akan tetapi, PageMill 3.0 masih tidak mampu menyaingi pesaingnya seperti Microsoft FrontPage 2000. Jika anda merancang untuk membina laman Web berskala kecil dan mempunyai banyak grafik, Adobe PageMill 3.0 mungkin boleh membantu. Walaupun PageMill versi terbaru ini memberi sedikit sebanyak pembaharuan kepada PageMill 2.0, tetapi tiada alat yang membolehkan pembinaan laman Web terkini seperti 'Cascading Style Sheet' (CSS) atau DHTML.

Sasaran PageMill adalah mereka yang mempunyai perniagan kecil yang kekurangan pengetahuan dalam HTML. Mereka ini lebih gemarkan editor yang mempunyai toolbar, skrin edit seperti 'word-processor' lain dan 'pasteboard' untuk simpanan grafik, teks dan sambungan untuk dimasukkan ke dalam laman Web. Imej dengan mudah boleh diseretkan ke dalam kotak dialog dan secara otomatik menggantikan suatu imej dengan imej yang lain di dalam tapak Web anda.

Satu klik pada ikon, atau dengan menekan Ctrl-Enter, akan menukarkan mod 'Preview' dan 'Editing'.  Pengguna boleh 'drag' fail multimedia dari Windows Explorer ke dalam PageMill. Sunggupun begitu program PageMill yang terdahulu tidak dapat menyalin fail ke dalam direktori sama seperti laman Web asal. PageMill 3.0 membolehkan salinan fail ke direktori tertentu dan 'upload' ke dalam tapak Web, tetapi arahan yang terdapat di dalam PageMill ini tidaklah semudah di dalam editor FrontPage.

Satu lagi ciri kepenggunaan yang baik dipaparkan oleh PageMill ialah ciri pengurusan tapak Web di mana ia boleh dilakukan dengan mudah dan cepat. Anda boleh memilih tiga jenis susunan organisasi dan ini akan memudahkan paparan keseluruhan tapak Web. Dengan menggunakan pandangan perspektif ciri List View semua senarai laman Web dan gambar-gambar dipaparkan manakala ciri Links View pula memaparkan semua sambungan laman Web. Ciri ketiga pula ialah Site Overview yang akan memaparkan gabungan ciri List dan Link Views.

Pengguna juga boleh menjalankan sebuah kedai e-dagang dengan PageMill menerusi sebuah perisian aplikasi membeli-belah yang dikenali sebagai ShopSite Express. Perniagaan kecil mungkin boleh menggunakan Adobe PageMill sebagai penyelesaian semua dalam satu. Dengan itu PageMill kini telah mampu menyaingi perisian QuickSite 3.0 yang juga mempunyai ciri yang sama.

Satu lagi ciri yang utama dalam PageMill ialah ciri Pasteboard iaitu sebuah ruangan storan yang boleh digunakan oleh pengguna jika mahu menggunakan satu elemen dalam lebih daripada satu laman. Anda boleh mengheret dan letak (drag & drop) sebarang elemen dengan mudah daripada Pasteboard kepada dokumen HTML.

PageMill adalah serasi dengan produk lain Adobe termasuk Photoshop iaitu perisian yang popular untuk mereka grafik. PageMill telah digabungkan dengan perisian Photoshop versi mudah. Perisian Pagemill ini didatangkan dengan 10,000 imej Web dan 100 pilihan gaya Web, puluhan tapak Web contoh, perisian Adobe Acrobat Reader, Microsoft dan Internet Explorer 4.0.