Make your own free website on Tripod.com

Produk IT
 
Clik! PC Card Drive : Iomega telah mengeluarkan sejenis storan untuk kegunaan komputer mudah-alih bagi melengkapi pengguna yang sentiasa bergerak. Storan mudah-alih ini bersaiz kecil, ringan, senang dibawa dan mudah pula dipasang atau ditanggalkan daripada komputer pengguna. Malah, ia boleh disisipkan ke dalam slot PC card yang terdapat pada kebanyakan komputer jenis notebook dan mini-notebook yang terdapat di pasaran. Cakeranya
berkapasiti 40MB dan ia memadai untuk simpanan data atau storan tambahan ketika penggunanya sering bergerak.
Compaq Presario 5861 Internet PC : Kemunculan model ini selaras dengan kehendak semasa para pengguna yang memerlukan sebuah PC berprestasi tinggi khususnya sebelum menjelang alaf baru. Di dalam pakejnya menawarkan ciri-ciri terkini yang cukup menarik, misalnya dilengkapi dengan CPU terbaru AMD Athlon 600MHz, memori 128MB, cakera keras 13GB, kad grafik Voodoo 3500, kemudahan audio dan beberapa perisian. Selain itu ia juga dilengkapi dengan teknologi yang memudahkan penggunanya mengakses dan menjalankan aplikasi Internet.
Xcam : Kamera video berwarna ini sesuai digunakan sebagai alat pengawasan atau pematauan, samada untuk
kegunaan di rumah atau di pejabat. Walaupun saiznya kecil, namun ia boleh dipasangkan pada dinding di mana hasil
rakamannya boleh disalurkan kepada sebuah TV, VCR atau monitor sehingga 100 kaki jaraknya. Kamera
menggunakan isyarat radio berkelajuan 2.4GHz untuk penghantaran imej da ia boleh dihalakan ke pintu, halaman
rumah, kolam mandi dan sebagainya. Selain itu ia juga boleh berfungsi dengan alat perakaman video pada PC
seperti Snappy untuk merakamkan pelbagai imej yang kemudiannya boleh disimpan dalam komputer pengguna.
Helio : Pembantu peribadi digital (PDA) ini memiliki pelbagai ciri menarik seperti perakaman suara berkualiti tinggi, buku telefon, penjadualan, senarai tugas, fungsi memo, pengurus e-mel, pad lakaran, pengurus belanjawan, penghitung dan sambungan kepada PC. Selain harganya yang berpatutan, penggunaannya sesuai untuk mereka yang terlalu sibuk dan tujuh pilihan warna ‘casing’ yang ditawarkan boleh mencerminkan personaliti penggunaanya.
Kemasukan data dipermudahkan kerana peranti ini dilengkapi dengan papan kekunci skrin dan pengecaman aksara.
\

Philips Brilliance 181 AS: Monitor panel LCD terbesar daripada Philips ini memiliki skrin nipis berukuran 18.1 inci dan tapaknya yang kecil membolehkan penjimatan ruang letak di atas meja. Peranti ini menggunakan teknologi paparan matrik aktif TFT LCD untuk memberikan paparan yang cerah, imej berkontras tinggi dan prestasi paparan yang cemerlang. Sudut pandangannya juga lebih luas dan kedudukannya boleh diubah kerana ia dilengkapi dengan
‘lengan’ yang boleh dipasangkan pada dinding. Selain itu ia juga dilengkapi dengan mikrofon dan pembesar suara binaan dalam, modul USB (untuk sambungan kepada perkakasan lain), perlindungan skrin dan ciri-ciri lain.

EPSON Stylus Scan 2000 : Kini pengguna boleh mencetak, mengimbas, menyalin dan melakukan kesemua itu apabila memiliki pencetak ini. Saiznya yang padat merupakan salah satu ciri ideal untuk kegunaan di rumah atau pejabat selain keupayaannya menghasilkan cetakan berwarna, pengimbasan berkualiti tinggi dan tugas penyalinan berwarna yang mudah. Model ini juga dilengkapi dengan teknologi cetakan Micros Piezo, titisan dakwat yang amat kecil dan dpi yang tinggi untuk mengeluarkan output berkualiti foto selain cetakan teks yang setajam laser. Malah, pencetak ini dikatakan boleh membantu untuk meningkatkan produktiviti dan kretiviti para penggunanya.