Red Faction

Red Faction adalah mainan tembak-menembak individu yang dihasilkan oleh Volition (mereka menghasilkan Descent, Summoner dan FreeSpace 2). Permainan ini bertempat di planet Marikh di mana watak yang akan dipegang ialah Parker iaitu seorang pelombong yang bertugas dengan Ultor Corporation.

Para pelombong telah mengalami kehidupan yang teruk dan telah dijangkiti oleh penyakit yang membunuh digelar Plague. Para pelombong yang telah tertekan merasa amat marah dan pemberontakan telah mula dirasai oleh Ultor. Sasaran Parker ialah untuk terus hidup dan menjatuhkan Ultor serta menghapuskan Plague.

Perjalanan Parker akan melalui pelbagai permukaan lombong sehingga mencapai permukaan Marikh yang menempatkan pelbagai makmal canggih dan satelit yang mengorbit Marikh. Jalan cerita permainan ini adalah menarik dan mempunyai mirip Total Recall iaitu sebuah filem lakonan Arnold.

Red Faction memaparkan teknologi Geo-Mod di mana anda boleh mengubahsuai suasana permainan dalam masa nyata. Terdapat 20 tahap permainan dan 15 senjata pilihan termasuk pelbagai jenis kenderaan. Antara kenderaan yang terdapat ialah ATV, kapal selam dan jet pejuang. Permainan ini juga menyediakan pelbagai jenis objektif, penyunting editor dan permainan multipemain sehingga 32 orang.

Adakah Red Faction sebuah permainan yang baik? Susah hendak dikatakan kerana ia bergantung kepada kehendak dan selera anda sendiri. Genre permainan yang dibawa oleh Red Faction bukanlah asli kerana ia pernah dipaparkan oleh puluhan permainan lain. Namun begitu watak-watak, suasana, tahap permainan dan senjata adalah agak berbeza.

Permainan ini juga agak pendek, seorang pemain yang handal atau sederhana akan mengambil masa dari 10 hingga 15 jam untuk menghabiskannya. Daya penarik Red Faction ialah kepermainannya dan bukan keasliannya. Ia mampu menanggung sehingga 32 orang pemain sekaligus dalam Deathmatch dan Team Deathmatch. Menarik juga Deathmatch Red Faction. Kalau hendak tahu, silalah cuba.

Statistik
Pro : Kesan suasana yang baik. Muzik. Kata tutur.
Kontra : Kisah biasa. Grafik ada yang kurang memuaskan.
Platform: Pentium III 667MHz, 128MB RAM dan 100MB ruang cakera keras.