Utiliti berguna untuk PC anda

WinFM
Aliran audio dan radio internet adalah menarik tetapi agak sukar untuk mencari dan mengendalikan radio internet kerana terlalu banyak radio internet. Adalah lebih mudah untuk mengendalikan radio kereta daripada radio internet. WinFM telah direka untuk mencari siaran dalam talian dan menguruskannya seperti anda menguruskan lagu-lagu MP3. Setiap kemasukan mempunyai maklumat mengenai stesyen, frekuensi, format siaran dan URL. WinFM memerlukan Win98/Me/NT/2000.
http://www.inklineglobal.com

2xExplorer
Perisian ini adalah sebuah pengurus fail aplikasi seperti Norton Commander. Ia mempunyai keupayaan pemaparan jenis fail, maklumat fail dan paparan susur galur fail. Ia juga mempunyai pemapar teks atau editor teks di samping keupayaan sambungan folder untuk menyimpan salinan.
http://personalpages.ps.ic.ac.uk/~umeca74

Agent Ransack
Periisan ini mempunyai enjin pencari yang berkuasa dan mampu mencari apa sahaja di dalam komputer atau rangkaian. Anda boleh mencapai apa sahaja yang disenaraikan walaupun rangkaian yang tidak dibenarkan. Anda juga boleh menyimpan carian untuk rujukan masa hadapan.
http://www.agentransack.com

CatFish 1.9
Perisian ini menyimpan maklumat direktori yang pernah anda masuki. Ia memaparkan segala arkib laluan yang pernah anda lalui dan ini membolehkan anda mencari semula laluan itu. Perisian ini kecil dan tiada sebarang proses pemasangan kompleks diperlukan. Ia mempunyai keupayaan simpanan arkib untuk cakera dan CD-ROM. Sesuai untuk penyimpan MP3!
http://www.equi4.com/catfish

PowerDesk 4
Perisian ini adalah sama dengan 2xExplorer dan ia akan menggantikan Windows Explorer. Fungsi PowerDesk perisian ini mampu melakukan pelbagai tugas paparan dan mampu melakukan tugas copy, rename, delete dan move dengan mudah. PowerDesk juga mampu memampatkan dan mengekstrak fail seperti zip dengan menggunakan pelbagai media.
http://www.ontrack.com/freesoftware

EnZip 3.00
Perisian pemampat fail ini adalah mudah digunakan dan ia mempunyai fungsi yang baik. Antaramuka yang digunakan oleh Enzip adalah menarik dan ia mempunyai wajah yang serupa dengan WinZip. EnZip bergabung amat baik dengan Windows. Ia mempunyai arkib penerimaan dan penghantaran fail. Ia juga mampu mengendalikan fail dari cakera atau CD-ROM. Percuma lak tu!
http://www.cpam.freeserve.co.uk

CubicEye
CubicEye membenarkan anda melayari web dalam bentuk 3D dan menempatkan laman web dalam bentuk kuib. Laman web berlainan akan dimuatkan pada permukaan yang berlainan dan anda boleh memutarkan kuib itu untuk memaparkan sebarang laman web yang anda mahu. Anda boleh menarik keluasan kuib untuk memaparkan lebih laman web. Namun begitu CubicEye memerlukan kuasa komputer yang tinggi. Sistem minima yang sesuai ialah Pentium III, 128MB RAM, dan kad video pencepat Direct3D dengan 8MB atau 16MB video RAM. Selain itu ia memerlukan DirectX 7, Internet Explorer 5.5 dan Windows 98 atau terkini. CubicEye Viewer adalah percuma; pelayar CubicEye berharga USD14.95 (8MB) atau $19.95 (16MB) dan ia mempunyai pelbagai jenis ciri tambahan.
http://www.2ce.com

Windows Scheduler
Lakukan Backup, periksa e-mel dan buang fail TMP adalah di antara tugas yang boleh dilakukan oleh perisian ini. Terdapat tiga fungsi perisian ini iaitu Task Reminder, Application Launcher dan Window Watcher. Sebuah perisian yang berguna untuk pengguna yang mahu cepat menggunakan komputer dan malas untuk mengetuk keyboard!
http://www.splinterware.com

Voquette Media Manager
Voquette Media Manager menguruskan kandungan audio anda di samping megendalikan aliran audio dan MP3. Ciri yang membuatkan Voquette berbeza daripada yang lain ialah keupayaan merakam kandungan. Ciri ini memuaskan untuk aliran video atau audio menerusi internet. Anda boleh menentukan masa dan URL tertentu dan ia akan merakamnya seterusnya menyimpannya ke dalam cakera keras anda. Ia mampu merakam sehingga dua jam aliran bahan. Voquette mampu memainkan Windows Media, MP3, atau RealAudio tetapi tidak menyokong aliaran video. Perisian ini memerlukan Windows 9x, Windows NT, atau Windows 2000 dan Internet Explorer atau Netscape Navigator 3.0 atau lebih.
http://www.voquette.com