Make your own free website on Tripod.com
AMARAN VIRUS BARU

Sebuah virus baru telah muncul dan ia didatangkan dalam bentuk fail attachment bernama WTC.exe. Virus ini akan memformat semula cakera keras atau hard disk anda. Pastikan yang anda tidak membuka atau menerima fail ini.

Nama virus itu ialah TROJ_VOTE.A. Menurut analisa yang didapati ialah

- dibuat daripada Visual Basic 5
- menggunakan buku alamat Outlook untuk merebak

berikut adalah bentuk e-mel yang dihantar :

The subject: FW: Peace between America and Islam

The body:
Hi
Is it a war against America or Islam. Lets Vote to live in peace.

Virus ini akan bertindak seperti berikut
- mendelete fail AV tertentu
- membuat fail Zacker.vbs dalam komputer
- mengubahsuai laman permulaan Internet Explorer
- mengubah autoexec.bat kepada format pemacu atau drive c:

SILA AMBIL PERHATIAN DAN BERHATI-HATI

Untuk sebarang maklumat mengenai virus terkini dan untuk mendapatkan fail kemaskini antivirus anda boleh pergi ke www.antivirus.com (untuk PC Cilin) atau www.symantec.com (untuk Norton Anti Virus) atau www.mcafee.com (untuk Mc Afee Antivirus)

Pastikan anda mendapatkan fail kemaskini (update) antivirus setiap 3 atau 4 hari dan seringlah kunjungi laman-laman berkaitan seperti yang dinyatakan di atas untuk mendapatkan maklumat terkini.