Internet – Chat 2 – Perisian-perisian Chat

Saya telah membentangkan serba sedikir tentang “chat” dan jenis-jenis “chat” yang ada. Saya berharap para pembaca sekalian telah mendapat manfaat daripadanya dan sedang berborak dengan rakan-rakan Internet yang lain. Namun begitu saya berharap para pembaca dapat menjaga tatasusila ketika berada di dalam Net dan tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak elok kepada pengguna lain. Sebelum saya memperkenalkan kaedah berkomunikasi yang lain menerusi Web dalam artikel yang akan datang, di sini saya menyenaraikan beberapa perisian “chat” kepada para pembaca sekalian.

IRCFerret 1.11

IRCFerret akan mencari rangkaian IRC (Internet Relay Chat) di seluruh dunia untuk mencari rakan anda. Carian itu ditentukan dengan menggunakan kata kunci seperti nama dan pengenalan pengguna (user ID) untuk dipadankan dengan e-mel dan nick pengguna itu.

Versi : 1.11
Saiz fail : 678 KB.
Laman Web : FerretSoft

mIRC 5.6

Perisian ini adalah antara perisian IRC yang paling popular di kalangan pengguna IRC. Ia memaparkan sebuah antaramuka yang mudah untuk digunakan di mana ia dilengkapi dengan pengendali ruangan chat serta kemudahan menerima dan menghantar fail. Ia juga mempunyai keupayaan teks berwarna, nama gantian, perintah “remote” dan bunyi. Anda boleh menetapkan jenis pesanan ketika anda tidak berada di depan komputer serta menentukan kawalan jenis fail yang boleh anda terima. Dalam versi 5.6 ini anda boleh memasang kata laluan untuk beberapa bahagian perisian itu bagi mengelakkan sebarang pencerobohan. Anda juga boleh mendapatkan perisian-perisian tambahan yang disebut “script” bagi menambahkan keupayaan perisian mIRC anda.

Versi : 5.6
Saiz fail : 1.1MB
Laman Web : MIRC

Pirch 98

PIRCH98 adalah salah sebuah lagi periisan IRC yang popular. Ia membolehkan pengguna membuat sambungan kepada lebih daripada satu pelayan IRC dan nama gantian. Ia menyokong set perintah IRC2 dan pemindahan fail DCC (Direct Client to Client). Anda juga boleh melakukan aliran video, pendailan semula automatik serta sokongan multimedia seperti RealAudio. Pirch juga mempunyai koleksi “script” yang boleh di dapati daripada laman-laman Web IRC.

Versi : 1.0.1.1190
Saiz Fail : 1.7MB
Laman Web : PIRCH

PowWow 3.72

PowWow pula adalah sebuah aplikasi komunikasi dan komuniti Internet. Anda boleh berborak dengan rakan-rakan serta mengambil bahagian dalam 10,000 ruangan komuniti PowWow. Perisian ini mempunyai beberapa ciri penuh komunikasi seperti pesanan pantas, senarai rakan, ruangan “chat” teks atau suara, papan elektronik dan permainan dalam talian. Anda juga boleh mendapatkan e-mel percuma daripada PowWow Mail.

Versi : 3.72
Saiz fail : 3.5MB
Laman Web : Tribal

ichat Rooms Plug-In

Perisian tambahan ini dikenali sebagai ichat dan ia dipalamkan kepada perisian pelayar Web Netscape Navigator. Ia memudahkan para pengguna berkomunikasi secara dalam talian menerusi Web tanpa sebarang gangguan. Dengan ichat, laman Web menjadi bilik “chat” dan pelayar Web menjadi perisian “chat”. Jika anda ingin berborak dengan rakan-rakan anda, silalah ke laman Web Open24 (www.open24.net) di mana tersedia ribuan ruangan chat yang dibahagikan kepada Business, Computing, Games dan Sports.

Versi : 2.3
Saiz fail : 1MB
Laman Web : Ichat

OfficeChat for Microsoft Outlook

Perisian OfficeChat for Microsoft Outlook menawarkan penambahan ruangan “chat” kepada perisian Outlook yang sedia ada bagi memudahkan anda berkomunakasi dengan rakan pejabat yang lain. Ia memberikan sebuah antaramuka “chat”, sokongan pelbagai bilik “chat” dan pemindahan fail secara “heret dan letak” (drag-and-drop). Tetingkap “chat” yang dipaparkan juga mempunyai medan teks seperti Chat Name, Availability, dan alamat Internet bagi memberikan maklumat mengenai identiti rakan “chat” anda.

Versi : 1.1
Saiz fail : 2.9MB
Laman Web : Polarlogics

TurboIRC

Turbo IRC adalah sebuah lagi perisian IRC yang membolehkan anda melakukan persidangan berkomputer dalam Internet. Ia juga memberikan sebuah antaramuka bergrafik termasuklah sambungan kepada pelayan IRC popular dan senarai saluran (channel) “chat”. Perisian ini juga mempunyai ciri-ciri seperti “script” yang baik, permainan catur dalam talian, sokongan IRCX dan pesanan suara.

Versi : 98
Saiz Fail : 3.1MB
Laman Web : Chourdakis