Membaca majalah di web
Oleh Eina Uzir

Syukur, alhamdulillah. Nampaknya dunia siber di Malaysia semakin popular dan ini dibuktikan dengan peningkatan penggunaan internet tempatan kepada hampir 1.5 juta pengguna awal tahun 2001. Penggunaan IT sebagai budaya hidup merupakan satu inisiatif yang baik dan meningkatkan minat terhadap IT terutamanya Internet.

Kini terdapat lebih daripada 200 juta pengguna Internet dan lebih 2 billion laman Web di dalam dunia siber. Jumlah ini dijangka bertambah dari masa ke semasa dalam kadar yang tinggi. Bayangkanlah betapa banyaknya maklumat yang terdapat di dalam dunia web.

Malah bagi anda yang sering menggunakan Internet mungkin telah singgah dan membaca isi kandungan majalah-majalah ini. Keempat-empat majalah yang menjadi pilihan saya ialah Hotwired (www.hotwired.com), Webreview (www.webreview.com) dan Slate (www.slate.com).

Majalah siber kedua yang menjadi pilihan saya ialah Hotwired (www.hotwired.com), versi elektronik majalah Wired iaitu sebuah majalah "Rolling Stones" untuk dunia siber. Hotwired adalah sehebat majalah Wired tetapi rekabentuk laman Wen ini adalah lebih mudah dan ringkas berbanding Wired. Ia juga mempunyai versi e-mel yang dihantar kepada para pencarum laman rakan Hotwired. Laman Web ini terbahagi kepada beberapa segmen seperti ruangan Chat, arkib berita atau rencana, Web 101, Webmonkey, Synapse, Net Surf, Beta Lounge dan RGB Gallery. Web 101 dan Webmonkey adalah segmen cara menggunakan Web, membina laman Web dan tempat teknologi-teknologi terbaru Web diulas oleh para penulis teknikal Hotwired. Synapse dan Net Surf pula adalah segmen di mana laman-laman Web diulas dan isu-isu semasa Internet dibincangkan. Segmen Synapse ini diadakan setiap hari dan isu-isu dibuka dalam ruangan Chat untuk diperbincangkan dengan penulis Hotwired. Akhir sekali Beta Lounge dan RGB Gallery iaitu arkib perisian dan gambar-gambar yang menarik untuk dibeban ke bawah oleh anda. Jika anda pernah membaca majalah Wired mungkin anda boleh menghargai apa yang dibentangkan oleh laman Web ini. Antara segmen yang saya cadangkan kepada anda adalah Webmonkey kerana ia boleh dianggap sebagai antara yang terbaik dalam pembentangan teknologi-teknologi terbaru Internet dan kedua segmen Synapse jika anda seorang yang kritikal tentang isu-isu semasa Internet.

Majalah ketiga pilihan saya ialah Webreview (www.webreview.com) iaitu salah sebuah majalah yang paling banyak mengulas mengenai teknologi applikasi berasaskan Web. Sayang sekali majalah ini diterbitkan dalam bentuk HTML hanya untuk Web Webreview membentangkan segmen seperti Web Architect, Web Coder, Usabilitiy Matters, Boss Animation, Perl Workshop, Tools, Reference Guides Web Techniques dan How To. Segmen-segmen seperti How To, Web Coder, Web Arcihtect, Perl Workshop dan Boss Animation adalah segmen-segmen di mana teknologi-teknologi dibentang dan dari segmen-segmen ini juga anda boleh belajar bagaiman untuk membuat laman Web yang canggih. Manakala segmen-segmen lain iaitu Reference Guides, Web Techniques dan Usability Matters adalah tempat di mana applikasi-applikasi berasaskan Web diuji, diulas dan dipaparkan kepada orang ramai. Paparan kandungan laman Web ini dipertingkatkan dan berubah setiap hari. Jika anda seorang fanatik Internet (seperti saya) jemputlah ke laman Web ini.

Sebuah lagi majalah yang saya minati ialah Slate (www.slate.com) iaitu sebuah majalah gaya hidup Internet, industri teknologi Web dan perbicangan isu-isu semasa Web. Ia juga mempunyai ruangan yang digelar Back Of The Book yang memaparkan ulasan buku, opera, puisi dan filem. Saya sukakan Slate kerana ia memaparkan kriktikan-kritikan dan ulasan menarik mengenai teknologi-teknologi terbaru yang diperkenalkan di Web. Sebuah laman yang menarik.

Kini semakin ramai pengguna telah mendapatkan komputer menerusi KWSP atau pembelian sendiri. Menurut laporan pembelian komputer semakin meningkat sejak bulan November 2000 kepada tahap yang amat memberangsangkan.

Membaca yang saya maksudkan di sini bukanlah membaca majalah-majalah hiburan tetapi ilmiah dan juga majalah elektronik yang saya paparkan di atas. Secara tidak langsung dengan pemaparan majalah-majalah ini saya harap para penduduk Malaysia belilah komputer. Seterusnya masuklah ke dalam dunia Internet kerana ia mempunyai pelbagai bahan yang menarik dan berpengetahuan. Bak kata pepatah buat buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, ringankan mata untuk membaca, beli komputer dan masuklah Internet sekali.