Apabila mengimbas kembali
peperangan dunia kedua (WWII), tentu ada yang membayangkan bertapa
sengitnya pertempuran di antara pihak bersekutu dan berikat pada ketika itu.
Malah, pejuang dari pihak-
pihak tersebut telah berusaha bermati-matian untuk menewaskan lawan masing-masing.
Apa pun, peristiwa
itu telah menjadi sejarah yang sukar dilupakan dan hanya dihidupkan kembali
di layar perak atau kaca TV.
WWII bukan sahaja menarik
minat pengarah atau penerbit filem, malah peristiwa pahit itu turut menjadi
tema pilihan dalam beberapa permainan (games). Salah satu daripadanya berjudul
B-17 Flying Fortress:
The Mighty 8th, yang merupakan permainan simulasi penerbangan dengan tema WWII.
Permainan hasil
kreativiti MicroProse ini cuba menghidangkan kepada pemain bagaimana simulasi
peperangan di udara.
Pengarangnya menampilkan
pesawat pengebom model terdahulu, sebagai mesin utama untuk digandingkan
dengan kebijaksanaan pemain sebagai juruterbangnya. Pesawat ini memainkan peranan
penting dalam
pasukan U.S Army Air Force (USAAF) 8th Air Force semasa WWII, maka pemain boleh
berbangga jika
mera dapat mengendalikannya dengan cekap seperti menembak, memandu, menjadi
krew, dan sebagainya.
Tidak seperti permainan
lain, Mighty 8th memberi lebih pergerakan di dalamnya. Peluang seperti ini boleh
menarik minat pemain kerana tumpuan mereka tidak hanya kepada penerbangan atau
perlindugan pesawat
daripada serangan musuh. Pesawat ini boleh dikendalikan secara automatik sepenuhnya
dari menghidupkan
enjin yang merumitkan, berlepas dan berlegar di ruang udara sehinggalah kembali
semula ke pengkalan.
Kebebasan bergerak juga
berguna semasa pemain berlatih dalam permainan ini. Misalnya mereka boleh
beralih ke dalam mana-mana pesawat sepasukan yang mungkin mengiringi pesawat
pengebom mereka.
Dalam keadaan tertentu, pemain juga boleh bergantung kepada 'kepintaran buatan'
permainan ini misalnya
ketika mengawal penerbangan, pengeboman, pertahanan, pengawasan ruang udara
dan mengesan musuh.
Bagi pengemar permainan
simulasi penerbangan yang bertemakan peperangan di udara, mereka berpeluang
menghayati beberapa misi bersejarah yang terdapat di dalamnya. Pada masa yang
sama pemain juga perlu
mengurus sebuah squadron dengan 12 pesawat, atau memantau sekumpulan pengebom
yang mereka ketuai.
Ini bermakna pemain tidak terikat dengan aksi-aksi tertentu, sekaligus mengelak
kebosanan masa bermain.
Sekiranya pemain berada
pada tahap kumpulan pengebom, mereka bertanggungjawab untuk menentukan
sasaran, merancang misi, memilih bekalan, memeriksa pesawat pengebom, dan memilih
krew untuk setiap
pesawat. Semuanya ini adalah mengikui parameter yang ditentukan di dalam pasukan
8th Air Force yang
sebenar. Selain itu, terdapat rakaman imej bagi sesuatu misi yang boleh ditayang
dalam bilik operasinya.
Nilai estetika permainan
ini cuba ditampilkan dalam setiap bahagian. Misalnya terdapat bahagian pesawat
yang rosak, kotoran minyak pada cermin, pemadangan teres yang kelihatan realistik,
kesan asap yang
realistik, dan letupan berkuasa yang disusuli dengan kesan bunyi yang cukup
kuat. Kemusnahan akibat
pertempuran juga diperlihatkan dengan baik, samada pada pesawat yang digunakan
atau di persekitarannya.
Di bahagian dalam pesawat
B-17 misalnya, kedudukan peralatan panel kawalan kelihatan agak terperinci
dan tersusun dengan baik, seperti mana di dalam kokpit pesawat sebenarnya. Bagaimanapun,
kelemahan
seperti gangguan grafik semasa permainan tetap ada walaupun hanya sekali-sekala.
Untuk menguasai
permainan ini, boleh dikatakan mengambil masa, tambahan pula bahagian tutorialnya
agak mengecewakan.
Pendek kata, B-17 Flying
Fortress : The Mighty 8th boleh dijadikan satu lagi koleksi untuk mereka yang
meminati kategori simulasi penerbangan bertemakan peperangan. Seperti mana permainan
yang lain dalam
kategori ini, peranan aktif pemain masih diperlukan untuk mengendalikan pesawat
yang disediakan. Cuma,
judul ini cuba menampilkan beberapa perubahan seperti memberikan lebih kebebasan
kepada pemainnya.
Sesetengah pengguna mungkin
tidak tertarik dengan permainan ini kerana keluk pembelajarannya yang
sukar. Selain itu, ia tiada menyediakan fungsi berbilang pemain untuk diketengahkan.
Walaupun Mighty
8th dirasakan tidak lengkap sepenuhnya, namun ia cuba menampilkan beberapa perubahan
yang menarik.
Kelebihan :
Grafik yang menarik, peluang menerbangkan pelbagai pesawat, persekitaran
yang kelihatan realistik dengan kesan-kesan khas. |