Laman-laman Web Sejarah Bolasepak

Bolasepak merupakan salah satu sukan yang tertua di dunia dan ia telah dimainkan di muka bumi ini lebih daripada 100 tahun. Kini sukan ini adalah sukan yang paling popular di dunia dan permainan bolasepak diadakan di seluruh dunia. Malahan bolasepak adalah sebuah permainan yang telah diiktiraf sebagai sukan pengerat silaturahim dan pencetus keamanan. Kejohanan-kejohanan besar seperti Piala Dunia, Piala Eropah dan Copa America pula merupakan kejohanan-kejohanan yang sering dinanti-nantikan dan diraikan oleh peminat bolasepak di seluruh dunia. Kali ini saya ingin membentangkan dua buah laman Web yang mengandungi fakta-fakta sejarah dan rekod perlawanan bolasepak dari seluruh dunia.

World Football Historian : Histora 6

Histora 6 adalah sebuah laman Web penganalisa sejarah bolasepak dunia yang telah dibina berdasarkan sebuah idea untuk mengumpulkan data-data permainan bolasepak dari seluruh dunia. Ia telah dibina berdasarkan sebuah konsep yang mana ia mampu menyediakan maklumat secara langsung dengan cepat dan pantas. Ia boleh mencari maklumat dengan menganalisa data mengenai pasukan kebangsaan dan kelab. Anda juga boleh mendapatkan maklumat seperti kejohanan-kejohanan, rekod perlawanan pasukan kebangsaan serta kelab, rekod pertemuan antara kelab tertentu, rekod pertemuan antara pasukan kebangsaan dan rekod pemain individu dalam peringkat kelab atau kebangsaan.

Histora 6 dibahagikan kepada enam modul menurut kedudukan (ranking), pengesanan (tracking), pertemuan (matchup), kejohanan (tournament) dan tahun (year). Setiap modul adalah bersambungan antara satu sama lain dan anda boleh melakukan silang rujuk (cross reference). Berikut adalah penerangan secara ringkas mengenai ciri-ciri Histora 6 :

Kedudukan : Ia boleh mengeluarkan senarai “ranking” untuk kelab atau negara dalam sesebuah kejohanan. Anda boleh memilih kelab atau pasukan kebangsaan untuk dimasukkan ke dalam “ranking” tersebut berdasarkan statistik yang anda mahu.

Pengesanan : Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai segala perlawanan yang telah disertai mana-mana kelab atau pasukan kebangsaan. Ia terbahagi jumlah kemunculan (appearances), siri kejohanan dan perlawanan (kejohanan atau persahabatan).

Pertemuan : Anda juga boleh memaparkan rekod pertemuan menurut benua, negara atau kelab dari benua atau negara lain. Ia juga boleh memaparkan rekod-rekod samada kalah, menang atau seri serta jumlah gol yang dijaringkan pada pertemuan itu.

Kejohanan : Dengan ciri ini anda boleh menyenaraikan juara dan naib juara dalam sesuatu kejohanan atau pemenang beberapa kejohanan dalam satu musim. Anda juga boleh mendapatkan senarai kelab atau negara yang terkandas di peringkat separuh akhir atau suku akhir sesuatu kejohanan.

Tahun : Ciri ini pula memaparkan sesuatu edisi kejohanan berdasarkan tahun serta turutan daripada peringkat kelayakan sehinggalah ke peringkat akhir seperti kejohanan Piala Dunia. Ia akan memaparkan turutan itu dalam bentuk pokok.

International Football Hall of Fame

International Football Hall of Fame (IFHOF) adalah sebuah projek untuk membina sebuah muzium bolasepak di England. Projek ini diharapkan akan menjadi sebuah mercu tanda bolasepak dan tumpuan peminat daripada seluruh dunia. Muzium ini akan menempatkan sejarah serta nama-nama bolasepak yang terkenal dalam sebuah “Hall Of Fame”.

Negara England telah dipilih untuk menempatkan muzium ini kerana ia dikatakan sebuah sebuah negara yang menghargai bolasepak dan tempat asal bolasepak moden. Dengan motto "The Simplest Game... The Beautiful Game", IFHOF telah berjaya mengumpulkan sebuah daftar maklumat yang baik daripada seluruh untuk para peminat bolasepak. Jika anda ingin melihat rupabentuk bangunan ini anda boleh pergi ke laman Web ini di mana ia meletakkan lakaran bangunan dan reka dalaman bangunan tersebut.

Berbalik kepada laman Web ini, ia terbahagi kepada Hall of Fame, Voting, Worldview, Fun zone dan The shop. Dalam ruangan Hall Of Hame terdapat deskripsi mengenai muzium tersebut serta senarai 25 orang bekas pemain ternama yang ditelah dimuatkan ke dalam senarai “Hall of Fame”. Antara pemain-pemain yang disenaraikan ialah Pele (Brazil), George Best (N. Ireland), Bobby Charlton (England), Johan Cruyff (Netherlands), Bobby Moore (England), Ferenc Puskas (Hungary), Gordon Banks (England), Marco van Basten (Netherlands), Franz Beckenbauer (Germany) dan John Charles (Wales).

Dalam bahagian Worldview terdapat berita, senarai artikel, sejarah dan sambungan kepada laman-laman Web bolasepak lain. Manakala dalam Fun Zone pula terdapat sebuah ruangan chat untuk para peminat bolasepak bertukar-tukar pendapat. Kemudian jika anda ingin membeli-belah anda boleh pergi ke The Shop untuk mendapatkan perkakasan bolasepak atau cenderamata bolasepak.

Kedua-dua laman Web ini merupakan antara yang terbaik daripada puluhan laman Web sejarah bolasepak yang  telah saya kunjungi. Laman-laman Web seperti ini penting untuk menjadi sumber rujukan generasi akan datang serta nostalgia yang menarik buat para pemain ternama yang masih hidup. Selamat berlayar dalam dunia siber.

World Football Historian : Histora 6
International Football Hall of Fame