Laman-laman Web perkakasan

Oleh kerana CPU merupakan sebuah komponen terpenting dalam sesebuah komputer maka ia sering menjadi tumpuan pelbagai pihak untuk dijadikan sebuah topik dalam laman Web. Kebiasaannya komponen lain dalam komputer seperti memori (RAM), cakera keras, papan induk dan kad bunyi juga diulas dalam laman-laman seperti ini.

Upgrade Center

Laman Web telah dibina sejak 1997 oleh seorang individu sebagai sebuah kegemaran masa lapang. Oleh kerana kegemarannya adalah untuk menguji perkakasan komputer (benchmarking) maka ia telah bermula dengan penghasilan "benchmark". Pada mulanya laman Web ini hanya melakukan benchmark untuk K6 dan menjadi popular kerananya.

Kemudian ia berubah haluan kepada komponen lain iaitu kepada laman The Upgrade Center. Pada awal tahun 1999 ia telah menjalani sebuah perubahan rupabentuk dan dikemaskini dengan sepenuhnya. Ramai pengunjung akan datang ke sini untuk membuat keputusan pembelian komputer atau perkakasannya.

Antara kandungan Upgrade Center ialah About, Message Board, News, News Archives, CPU Upgrades,
Sponsor Link dan Reviews (CPU, Displays, Motherboards, Peripherals, Software, Storage, System, Video).
http://www.upgradecenter.com/

Tom's Hardware

Sebuah lagi laman Web yang berkisar tentang perkakasan komputer. Laman Tom's Hardware adalah sebuah laman yang lengkap dengan pelbagau ulasan, berita dan rencana teknologi yang berkaitan dengan komputer. Selain daripada itu ia juga melibatkan papan induk, storan, CPU, BIOS, grafik, cipset dan memori. Ruangan yang agak menarik dalam laman ini ialah kaedah Overclocking iaitu menambah kepantasan CPU Celeron contohnya daripada 333MHz kepada 450MHz. Tambahan daripada itu ia juga memaparkan carta-carta perbandingan antara CPU dan komputer yang diulas. Sebuah laman Web yang mudah dan ringkas untuk para peminat komputer.
http://www.tomshardware.com/

Ars technica

Ars Technica membawa maksud Seni Teknologi (Art of Technology). Malah penyampaian laman Web ini juga mempunyai satu kesenian. Menurut Ars Technica, ia membina sebuah laman Web yang tidak membosankan dan supaya orang ramai datang kembali ke laman Web ini. Laman ini bukan sahaja menumpu kepada perkakasan tetapi juga kepada sistem pengoperasian alternatif contohnya Linux dan BeOS.

Mereka juga akan mengulas sesuatu produk itu menurut kehendak dan cara mereka sendiri. Malah mereka juga lebih suka mengulas tanpa mengira bulu dan akan menghentam jika mereka dapati produk itu kurang memuaskan atau mendapat aduan daripada pembaca. Ketika saya mengunjungi laman Web ini kira-kira dua tahun lalu ia merupakan sebuah laman Web yang ringkas tetapi padat. Kini ia masih seperti itu dan saya dapati ulasan-ulasannya adalah lebih teknikal dan padat. Sebuah laman yang sesuai untuk anda yang neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
http://arstechnica.com/welcome.html

Hardware central

Sekali imbas laman ini kelihatan seperti laman Web lama Microsoft tetapi dengan warna yang berlainan. Sesuai dengan namanya ia adalah sebuah laman Web yang benar-benar menumpukan kepada perkakasan komputer dan segala komponen yang berkaitan. Antara komponen yang dipaparkan ialah BIOS, Capture Cards, Cases, CD-ROM, Coolers, CPUs, Floppy Drives, Hard Drives, Memory, Modems, Motherboards,
Network Cards, Removable Storage, Sound Cards, TV Tuners, Video Cards, Digital Cameras, Joysticks and Gamepads, Keyboards, Monitors, Personal Audio, Power Protection, Printers, Scanners dan Speakers.

Selain itu ia juga menyediakan sebuah simpanan fail pemacu (driver) perkakasan, kaedah pengoptimaan komputer dan cara "overclock". Ia juga memaparkan piawai dan protokol sistem bas komputer seperti FireWire (IEEE1394), IDE, SCSI dan USB yang dibentangkan dengan cara yang mudah dan ringkas.
http://www.hardwarecentral.com/