Menangani masalah yang
melibatkan perkakasan komputer biasanya mencabar. Bagi yang sudah berpengalaman,
ia
mungkin menyeronokkan, namun
mungkin agak mengecewakan bagi pengguna baru. Sehubungan itu, Majalah PC
cuba menjelaskan kaedah-kaedah
praktikal untuk mengatasi beberapa masalah mudah yang melibatkan perkakasan
komputer anda. Contoh
yang diketengahkan di sini mungkin boleh menolong dan ianya boleh dilakukan
sendiri.
Umumnya masalah gangguan
pada perkakasan komputer boleh berlaku pada bila-bila masa dan ia boleh
dianggap
serius jika melibatkan proses
‘startup’. Antara petunjuk berguna bagi masalah kerosakan ialah dengan
terhasilnya
bunyi ganjil dari komputer
tersebut apabila ianya dihidupkan. Bunyi itu boleh jadi berpunca daripada
kipas
pendingin haba yang hampir
rosak atau pemacu cakera kerasnya yang bakal lumpuh pada bila-bila masa
sahaja.
Oleh yang demikian, yakni
sebelum cakera keras anda menjadi lebih teruk, anda disarankan supaya segera
membuat
simpanan (backup) bagi semua
fail-fail penting. Rasionalnya mudah, memiliki salinan lain merupakan satu
langkah
bijak untuk memastikan data
tersebut terselamat sekiranya berlaku kerosakan pada perisian dan perkakasan
yang
digunakan. Penyimpanan ini
boleh dilakukan pada asas harian, mingguan, bulanan atau tempoh yang ditetapkan.
Sekiranya komputer anda lumpuh
(crash) dan bunyi cakera kerasnya kedengaran luar biasa, ini mungkin bermakna
komputer tersebut berpotensi
untuk mengalami kerosakan yang tidak diduga. Jadi simpanlah (save) maklumat
di
dalam program yang sedang
dibuka dan mulakan pengenalpastian punca masalahnya dari peringkat paling
asas.
Berikut adalah beberapa
contoh masalah/gangguan biasa pada perkakasan komputer dan cara untuk menanganinya.
Bekalan kuasa : Apabila
skrin monitor anda secara tiba-tiba gelap (blank) dan tiada sebarang paparan
antaramuka aplikasi yang
sedang berfungsi, maka langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memeriksa
bekalan kuasa untuk kesemua
perkakasan sistem komputer anda. Misalnya, sesetengah kabel bekalan kuasa
monitor dipalamkan pada
bahagian belakang komputer dan ada pula dipalam kepada outlet AC. Jadi,
palam
(palam) bekalan kuasa itu
boleh jadi longgar dan anda perlu memastikan semua palam dipalamkan dengan
baik.
Sekiranya kabel bekalan kuasa
komputer anda dihubungkan kepada sebuah ‘strip’ (soket sambungan) bekalan
kuasa, maka pastikan setiap
soketnya mempunyai suis. Lihat juga pada lampu yang menandakan suis kuasa
untuk semua peralatan telah
dibuka, di mana suisnya perlu berada pada kedudukan ‘on’ (buka). Jika ia
masih
tidak berfungsi, maka
soket kuasa itu mungkin bermasalah – misalnya fius terbakar. Bagi menguji
sesebuah
palam kabel kuasa yang dirasakan
rosak, anda boleh memalamkannya kepada soket lain yang boleh berfungsi.
Halangan boot : Halangan
semasa menghidupkan komputer boleh jadi berpunca daripada disket kerana
komputer boleh diboot mengikut
arahan yang terdapat pada disket (yang disisipkan pada pemacunya semasa
proses boot/menghidupkan
komputer dilakukan) atau cakera keras komputer anda. Kebanyakan komputer
telah
ditetapkan untuk membaca
arahan pada disket yang disisipkan dan jika proses boot gagal dilakukan,
maka
komputer akan beralih kepada
cakera keras. Proses ini biasanya berlaku apabila komputer anda dibootkan
semula atau dihidupkan buat
pertama kali.
Andainya sekeping disket
tertinggal di dalam pemacunya, maka biasanya komputer anda akan menggunakan
prosedur yang berbeza. Jika
kandungan disket itu tiada arahan startup, komputer tersebut akan memaparkan
mesej ralat pada skrin yang
memberitahu anda supaya menggantikan atau mengeluarkan disket tersebut.
Namun, sekiranya disket
itu mengandungi arahan startup untuk melakukan proses boot, maka komputer
anda
akan dibootkan menerusi
disket yang kemudiannya akan memasuki paparan DOS dan bukannya Windows.
Sambungan : Satu lagi
masalah yang biasa pada perkakasan komputer ialah kabelnya yang dipasangkan
dengan tidak kemas. Semua
peralatan komputer biasanya memiliki kabel kuasa dan data yang dihubungkan
kepada komputer dan anda
perlu memastikan penyambungannya tidak longgar. Kadangkala ada pengguna
yang
cuba memasangkan jenis kabel
yang berbeza secara tidak sengaja atau memang tidak tahu. Sekiranya anda
mendapati kabel tersebut
tidak secocok, maka jangan cuba untuk memaksanya kerana ia boleh merosakkan.
Sementara itu wayar telefon
yang dihubungkan kepada modem mungkin menghadapi masalah. Sebuah modem
biasanya mempunyai saluran
penghubung (connection) yang dilabelkan sebagai Line In, Line Out atau
Phone.
Jadi, anda perlu menghubungkan
wayar berkenaan pada soket yang betul (rujuk labelnya) dan satu lagi
penghubung perlu disambungkan
kepada wayar telefon. Untuk pengetahuan anda, telefon yang dihubungkan
kepada sebuah modem yang
sedang berfungsi, jika diangkat ganggangnya selalu akan menyebabkan gangguan.
Tetikus : Sebuah tetikus
(mouse) yang sudah lama digunakan biasanya diselaputi kekotoran pada bahagian
dalamnya sehingga sensitiviti
bebola dan ‘roller’nya kadangkala terganggu. Selain itu penunjuk anak panah
(pointer) pada skrin mungkin
tidak berganjak, walaupun tetikus itu digerakkan berulang kali. Satu-satunya
cara
berkesan untuk mengatasi
masalah ini ialah membersihkan segala kekotoran pada roller atau bebola
tersebut.
Papan kekunci : Selain
tetikus, papan kekunci (keyboard) juga boleh menimbulkan masalah ketika
menaip
seperti gangguan pada kekuncinya.
Contohnya, anda mungkin secara tidak sengaja tertekan kekunci tertentu
pada papan kekunci itu sehingga
menyebabkan ia diaktifkan. Jadi, antara kekunci yang perlu diberi perhatian
ialah kekunci yang berlabel
CAPS LOCK dan NUM LOCK. Selain kekunci, kabel papan kekunci yang longgar
mungkin perlu diketatkan
dan proses boot semula mungkin perlu dilakukan supaya ianya kembali berfungsi.
Bunyi : Jika masalah
yang dihadapi melibatkan bunyi (sound), anda mungkin perlu memeriksa pembesar
suara
(speaker) yang digunakan
untuk memastikan kabel bekalan kuasa dibuka dan wayarnya dipalamkan pada
soketnya yang betul. Selain
itu anda mungkin perlu memeriksa ‘volume’nya untuk memastikan suisnya terbuka
(on) atau tertutup (off).
Sistem operasi (OS) popular seperti Win95 dan Win98 ada menyediakan kawalan
volume pada bahagian taskbar
desktop. Jadi, pastikan wayar pembesar suara, tidak dipasangkan pada soket
lain.
CD-ROM : Fungsi pemacu
CD-ROM akan terganggu sekiranya anda memasukan cakera padat (CD) secara
terbalik, permukaannya bercalar
atau dilekati dengan kekotoran di atas permukaannya. Kadangkala anda perlu
memasangkan program untuk
memainkan kandungan CD tersebut terlebih dahulu atau mengklik sebanyak
dua
kali pada ikonnya sebelum
ia boleh berfungsi. Sekiranya CD tersebut masih gagal untuk dimainkan,
sila buka
pada bahagian My Computer
dan klik dua kali pada ikon berlabel D (untuk pemacu CD-ROM).
Paparan : Apabila
monitor anda gelap (blank) setelah komputer dihidupkan, pastikan kabel
kuasa dan kabel
data disambungkan dengan
betul dan kemas, selain itu cuba ubahsuai bebutang kawalan pada monitor
tersebut.
Biasanya monitor dilengkapi
dengan tombol (knob) atau bebutang (button) untuk mengawal ciri-ciri komputer
tersebut seperti kontras,
kecerahan dan beberapa ketetapan lain. Kadangkala paparan monitor terjejas
kerana
gangguan pada kad video
yang digunakan - misalnya gangguan gelombang elektomagnet atau kad video
itu
longgar. Jadi, cuba jauhkan
monitor tersebut dari punca gangguan atau kad video yang longgar diketatkan.
Cetakan : Disebabkan
pencetak merupakan sebuah peranti mekanikal - terdiri daripada beberapa
komponen
lain yang boleh ditanggalkan
- maka ia kadangkala boleh menghadapi masalah atau gangguan. Katakanlah
kabel bekalan kuasa telah
dibuka dan dipalamkan dengan betul, namun masalah lain tetap boleh berlaku
seperti
kertas tersekat (jam) di
dalamnya atau dakwat/toner kehabisan. Selain itu anda mungkin perlu memeriksa
ketetapan (setting) pada
kekotak dialog pencetak untuk mempastikan arahan cetakan boleh dilaksanakan.