Memindah terima dengan lancar

Internet menyediakan sebuah kebaikan yang memudahkan anda bertukar-tukar fail. Dengan sekali klik sahaja anda boleh mengambil dokumen penting, program baru dan sebarang fail komputer dengan mudah. Ia juga berfungsi untuk menghantar fail kepada sesiapa sahaja yang mempunyai capaian internet.

Fail di mana sahaja

Mulakan carian fail anda di Download.com dan kemudian cuba pula Tucows.com. Akhirnya cubalah Dave Central dan kemudian baca reviu yang dipaparkan dengan teliti.

Terputus ke?

Pernahkah anda terputus sambungan semasa proses pindah terima? Ia merupakan sebuah masalah yang biasa ketika pindah terima dan terdapat beberapa perisian yang boleh mengelakkanya.

Anda boleh memasang perisian yang boleh menyambung semula perpindahan terima fail yang terputus. GetRight daripada Headlight Software boleh didapati daripada http://www.getright.com. Ia juga boleh memberhentikan perpindahan fail setelah ia lengkap dan melakukan perpindahan fail menurut jadual yang telah anda tetapkan.

Talian jelas

Satu cara untuk mengelak daripada talian terputus ialah memadamkan ciri tunggu panggilan. Apabila ia sedang digunakan dan seseorang melakukan panggilan, talian itu akan terputus. Klik Start, Click Start, Settings, Control Panel dan buka Modems. Pilih General dan klik Dialing Properties. Kemudian pilih kekotak To Disable Call Waiting dan pilih kod tertentu daripada senarai. Klik Apply untuk menyimpan perubahan.

Sambungkan kembali

Terdapat sesetengah penyedia internet akan memutuskan sambungan yang kurang aktif. Aktiviti merupakan jumlah permintaan yang dikehendaki oleh pengguna dan jumlah klik yang dilakukan dalam setiap 30 minit. Jika anda memadamkan masa putus (timeout) dengan menukar penentuan dalam perisian yang digunakan untuk bersambung kepada ISP. Anda boleh rujuk kepada penyedia internet anda untuk mendapatkan penjelasan mengenai prosedur ini.

Sebuah perisian yang boleh membantu anda membohongi ISP ialah StayOn Pro, perisian shareware (http://www.stayonpro.com). Perisian ini akan membuat klik atau permintaan secara automatik untuk anda.

FTP

Alamat web biasanya bermula dengan "http" atau Hypertext Transfer Protocol, iaitu sebuah piawai yang digunakan oleh pelayar web bagi mengecam laman web. Pengguna biasa tahu bagaimana hendak memindah terima fail dengan mengklik pada sambungan HTTP tetapi penggunaan FTP (File Transfer Protocol) adalah lebih baik kerana ia lebih cepat ketika menghantar atau menerima fail. Kebanyakan pelayan FTP syarikat membolehkan hanya capaian kepada fail dan dokumen tertentu sahaja. Manakala ruang FTP untuk tapak web boleh dicapai dengan menaip FTP pada ruang alamat.

FTP sendiri

Penggunaan perisian khas untuk mencapai FTP selain menggunakan pelayar web membolehkan anda dapat menggunakan ciri-ciri khas FTP. Anda boleh mencuba perisian dari Ipswitch Inc. iaitu WS_FTP LE (http://www.ipswitch.com). Perisian ini percuma dan mudah digunakan serta cekap melakukan perpindahan fail. Anda boleh dapatkan perisian lain yang daripada Tucows atau Dave Central.

Dua tugas

Pengguna modem biasanya mempunyai hanya satu talian dan sering terlepas panggilan penting jika perpindahan fail itu mengambil masa yang lama. Anda boleh gunakan CallWave (http://www.callwave.com), yang akan bertindak sebagai mesin penjawab jika anda sedang menggunakan talian untuk pelayaran web.

Gunalah GoZilla

Perisian utama yang amat berkuasa untuk melakukan perpindahan fail ialah Go!Zilla (http://www.gozilla.com), yang akan mengelakkan masalah perpindahan fail. Ia mempunyai banyak perkakasan dan pilihan seperti penyambungan perpindahan fail jika talian terputus, penjadualan perpindahan fail dan mencari sambungan terpantas. Ia akan memutuskan talian atau menutup komputer jika perpindahan fail tamat. Perisian ini percuma!