Office : Mac 2001

Pada pertengahan tahun lalu Microsoft telah melancarkan Office 2001 for Macintosh pada Macworld 2000. Ramai pengguna Mac terpegun dengan perisian aplikasi pejabat ini kerana ia mempunyai rupa yang lebih menarik dan antaramuka yang luarbiasa. Sejak dari itu perisian aplikasi ini telah digunakan oleh ribuan pengguna Mac terutamanya iBook dan iMac. Versi terbaru ini mempunyai keserasian dengan Office 2000 Windows, Mac OS dan aplikasi Macintosh yang lain.

Setiap aplikasi Office Mac 2001 mempunyai antaramuka yang baru dalam gaya Macintosh sebenar. Segala menu dan ikon telah direka semula dan dipermudahkan. Ini adalah bertujuan untuk menarik pengguna Mac menghargai Office Mac 2001 kerana pengguna Mac biasanya menyukai rekabentuk yang inovatif. Office Mac 2001 terus dipertingkatkan dengan menggunakan sokongan Microsoft kepada teknologi Apple contohnya penggunaan QuickTime Transitions dan penjanaan fail QuickTime daripada PowerPoint.

Keserasian

Office Mac 2001 merupakan sebuah platform yang mudah bagi pengabungan antara PC dan Macintosh. Malah dengan adanya Office Mac 2001 pengguna tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menggunakan aplikasi lain untuk menukarkan dokumen yang dihasilkan pada PC kepada serasi Mac. Malah dengan Office Mac 2001 fail AppleWorks dan FileMaker juga mudah diimport dengan adanya perisian seperti Excel 2001 FileMaker Pro Import dan Word 2001 Data Merge Manager. Malah segala pengkalan data mudah diimport kepada Entourage 2001.

Berikut adalah perisian-perisian yang terdapat dalam Office Mac 2001 :

Microsoft Word
Sebuah perisian pemprosesan perkataan dan penerbitan yang popular untuk kegunaan di rumah, perniagaan dan sekolah.

Microsoft Excel
Sebuah perisian hamparan helaian yang berkuasa untuk menilai, mengira dan menganalisa data di samping membina carta dan laporan.

Microsoft Entourage
Sebuah perisian e-mel dan pengurusan maklumat peribadi yang baru bagi memudahkan komunikasi dengan pengguna lain serta mengendalikan maklumat peribadi.

Microsoft PowerPoint
Perisian persembahan grafik yang termaju untuk membina slaid dan pertunjukan multimedia supaya ia boleh disiarkan menerusi projektor atau Web.