Sebagai seorang pelajar dalam talian (online), mereka ini mempunyai kualiti tersendiri. Kebanyakan mereka ini terdiri dari mereka yang sudah bekerja. Mereka memilih pembelajaran secara online untuk membaiki dan mempertingkatkan peluang untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Sungguhpun sekolah tradisional masih dan akan terus memainkan peranannya menyalurkan ilmu kepada pelajar-pelajar tetapi, bilik darjah virtual semakin memainkan peranan penting di dalam komuniti pada masa kini. Sebagai pelajar online, beberapa kualiti mesti ada pada mereka.
1) Mempunyai
pemikiran terbuka tentang perkongsian hidup, kerja dan pengalaman akademik sebagai
proses pembelajaran.
Dunia online seharusnya terbuka dan ramah. Sebarang forum online seharusnya
mengurangkan keraguan seseorang itu untuk meluahkan perasaan mereka. Setiap
pelajar diberi masa untuk memikirkan maklumat yang diterima sebelum memberi
sebarang respon.
2) Boleh berkomunikasi
dengan melalui penulisan.
Boleh dikatakan kesemua komunikasi di dalam bilik darjah virtual dikendalikan
di dalam bentuk tulisan. Setiap pelajar mesti mampu menulis apa yang dirasakan
oleh mereka.
3) Motivasi
dan disiplin diri
Belajar secara online memberikan kebebasan dan fleksibiliti kepada pelajar.
Setiap pelajar perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing. Proses pembelajaran
online memerlukan komitmen dan disiplin yang ketat bagi membolehkan setiap pelajar
mengikutinya.
4) Berani
bertanya jika menghadapi masalah
Apabila anda belajar secara online, sebarang masalah yang anda hadapi seperti
tidak faham pelajaran yang diajar atau bosan dengan subjek tertentu, tidak dapat
diketahui secara terus oleh tenaga pengajar kerana mereka tidak dapat melihat
reaksi anda apabila proses pembelajaran berlaku. Anda sebagai pelajar online
harus memberitahu secepat mungkin sebarang masalah yang anda hadapi.
5) Memperuntukkan
4-15 jam seminggu bagi setiap kursus.
Belajar secara online tidak semudah seperti yang disangkakan. Belajar secara
online memerlukan lebih masa dan komitmen daripada belajar secara tradisional.
6) Memenuhi
syarat minimum program
Syarat dikenakan ke atas pembelajaran secara online adalah sama seperti program
akademik tradisional. Belajar secara online hanya merupakan kaedah yang menyenangkan
penerimaan pembelajaran dan bukannya merupakan 'jalan pintas' untuk mendapat
kejayaan.
7) Menerima
sebarang pemikiran kritikal dan membuat keputusan sebagai proses pembelajaran.
Proses pembelajaran memerlukan pelajar membuat keputusan berdasar fakta dan
pengalaman. Assimilating information and executing the right decisions requires
critical thought; case analysis does this very effectively.
8) Mempunyai
komputer dan modem
Medium digunakan sebagai komunikasi ialah komputer, talian telefon, dan modem.
Setiap pelajar harus mempunyai ekses bagi setiap peralatan yang diperlukan.
9) Mampu
memikirkan ide sebelum memberi respon
Input yang bermakna dan berkualiti merupakan salah satu bahagian terpenting
di dalam proses pembelajaran secara virtual. Setiap pelajar diperuntukan masa
secukupnya bagi membolehkan setiap pelajar itu memberikan respon yang bernas.
10) Kualiti
pelajaran yang tinggi dapat diperolehi tanpa melalui pembelajaran secara tradisional.
Jika pelajar merasakan bilik darjah tradisional merupakan syarat penting bagi
menimba ilmu, mereka akan merasa lebih selesa belajar di dalam kelas tradisional.
Tidak semua pelajar dapat menerima proses pembelajaran boleh didapati secara
online. Pelajar yang mahukan proses pembelajaran secara tradisional mungkin
tidak akan merasa senang apabila terpaksa belajar secara online. Perlu disedari
bahawa tahap interaksi sosial adalah tinggi bagi mereka yang mengikuti pembelajaran
secara virtual kerana banyak halangan dapat dibendung menggunakan format online.
Setiap pelajar
online perlu:
- mengambil bahagian di dalam bilik darjah virtual 5-7 hari seminggu
- mampu berkerjasama dengan yang lain untuk melaksanakan sebarang projek
- mampu menggunakan teknologi dengan betul
- mampu memenuhi standard minima yang ditentukan oleh institusi
- mampu menyelesaikan tugasan dalam masa yang diberikan
- seronok berkomunikasi secara bertulis
Proses pembelajaran secara online memerlukan komitmen yang tinggi. Mengambil bahagian di dalam kelas dan menyelesaikan kerja pada masa yang tepat adalah penting. Jika seseorang pelajar online ketinggalan dalam pelajarannya adalah sukar baginya untuk 'catch up'. Pelajar online mesti mempunyai kemahuan untuk mengambil bahagian di dalam kelas dan mempunyai kemahuan untuk mendapatkan pengalaman.