Panduan Membeli – Reviu Kad grafik

Kad grafik merupakan sebuah antaramuka anda CPU dan monitor dalam pemaparan grafik 3D semasa anda bermain permainan komputer atau perisian grafik. Kad grafik juga memainkan peranan untuk memberikan tahap realisma yang tinggi semasa memaparkan imej atau grafik dan filem seperti sebuah TV. Terdapat dua jenis kad grafik berada di pasaran dan ianya dibahagikan menurut jenis sistem bas yang digunakan oleh kad tersebut. Sistem bas yang dimaksudkan ialah PCI dan AGP di mana kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing seperti paparan kad AGP yang lebih tajam.

Kini dalam reviu kad grafik panduan membeli pihak kami telah mengambil enam jenama kad grafik, tiga kad bas PCI dan tiga kad bas AGP. Kad-kad itu ialah Creative Labs 3D Blaster Banshee, Matrox Millennium G200 SD PCI dan Diamond Multimedia Viper V550 iaitu jenis kad PCI, manakala tiga jenis kad AGP pula ialah Creative Labs Graphics Blaster RIVA TNT, 3dfx Voodoo3 3000 dan ATI Rage Fury.

Kad PCI

Creative Labs 3D Blaster Banshee

Jika anda tidak mempunyai slot AGP tetapi mahu mendapatkan paparan grafik yang menarik, kad ini adalah untuk anda. Kad ini dilengkapi dengan cip 3dfx Voodoo Banshee yang mampu memaparkan grafik 3d dengan pantas dan imej yang tajam. Apabila menjalankan permainan seperti Quake II paparan 3Dnya kelihatan “solid” dan paparan warna yang tajam. Kad ini disertakan dengan sebuah utiliti penjajar warna untuk memaparkan warna yang realistik. Sayangnya pakej ini tidak menyertakan sebarang perisian percuma seperti permainan.

Ciri-ciri kad Creative Labs 3D Blaster Banshee ialah 16MB SDRAM, 250-MHz RAMDAC, cip 3dfx Voodoo Banshee dan utiliti penjajar warna.
Pro : paparan grafik 3d yang memuaskan dan utiliti penjajar warna. Kontra : tiada perisian percuma.

Matrox Millennium G200 SD PCI

Kad grafik ini sesuai untuk pengguna aplikasi perniagaan dan pemain permainan komputer yang tidak serius. Ujian dengan permainan quake II, memperlihatkan paparan yang memuaskan walaupun tidak secantik Blaster Banshee. Kad ini dilengkapi dengan 8MB memori grafik dan tiga perisian percuma iaitu perisian permainan Motorhead serta perisian grafik Picture Publisher 8 dan Simply 3D 3.

Ciri-ciri kad Matrox Millennium G200 SD PCI ialah 8MB SGRAM, 250-MHZ RAMDAC, cip MGA-G200 dan perisian percuma.
Pro : kualiti grafik 3d yang memuaskan. Kontra : tidak sepantas kad-kad lain.

Diamond Multimedia Viper V550

Diamond Multimedia Viper V550 ialah antara kad yang memaparkan grafik 3d dengan kadar yang paling tinggi. paparan permainan seperti quake II dan Flight Unlimited II adalah sederhana dan tidak selancar kad blaster banshee. Namun begitu kad ini mempunyai keupayaan untuk anda memaparkan output kepada tv. Dengan pakej ini terdapat perisian seperti permainan Motorhead, perisian visual data Fremont SE dan beberapa perisian utiliti.

Ciri-ciri kad Diamond Multimedia Viper V550 ialah 16MB SDRAM, 250-MHz RAMDAC, cip NVidia RIVA TNT dan perisian percuma.
Pro: paparan grafik yang sederhana. Kontra: harga yang agak tinggi.

Kad AGP

Creative Labs Graphics Blaster RIVA TNT

Kad Creative Labs Graphics Blaster RIVA TNT mempunyai kualiti paparan yang setanding Blaster Banshee. Ia juga menyediakan sebuah utiliti penjajar warna yang mudah digunakan. Kad ini dilengkapi dengan cip NVidia RIVA TNT iaitu antara yang terpantas ketika hendak memaparkan grafik 3D semasa proses “render”.

Ciri-ciri kad Creative Labs Graphics Blaster RIVA TNT ialah 16MB SDRAM, 250-MHz RAMDAC, cip NVidia RIVA TNTdan utiliti penjajar warna.
PRO: paparan 3d yang pantas dan harga yang murah.
CON: tiada perisian percuma.

3dfx Voodoo3 3000

Kad ini juga merupakan antara kad yang terpantas dalam persembahan grafik 3D. Kad grafik ini dilengkapi dengan cip 3dfx voodoo3 iaitu produksi terbaru daripada 3dfx. Sistem bas yang disediakan oleh kad ini adalah 166-MHz dan ini akan memberikan paparan yang baik.

Dalam Ujian quake II memberikan paparan yang menarik dan merupakan kualiti antara yang terbaik. Kadar imbasan kad ini juga adalah tinggi bagi memberikan paparan yang tajam. Pakej ini didatangkan dengan permainan Need for Speed 3 dan Unreal Tournament. Kad ini juga boleh mempunyai video output untuk paparan pada tv.

Ciri-ciri kad 3dfx Voodoo3 3000 ialah 16MB SDRAM, 350-MHz RAMDAC, cip 3dfx Voodoo3 dan perisian permaian 3D
Pro : kadar render 3d yang pantas dan paparan 3D memuaskan.
Kontra : mahal.

ATI Rage Fury

Kad ini dilengkapi oleh cip ATI Rage 128 iaitu cip yang dikatakan terbaik pernah dikeluarkan untuk industri ini. Ia dilengkapi dengan 32mb sdram dan ia mampu memapar sehingga 1920x1200. Kadar imbasan kad ini adalah 85MHz dan ini adalah sesuai untuk paparan hamparan helaian dan diagram yang besar. Kad ini menyokong kegunaan DVD dan ia mampu menyediakan paparan tanpa menggunakan pendekod mpeg2 untuk menjimatkan ruangan cakera keras. Kad ini juga merupakan antara kad yang terbaik.

Ciri-ciri kad ATI Rage Fury ialah 32MB DRAM, 250-MHz RAMDAC, cip ATI Rage 128.
Pro : Imej dan warna yang baik. TV output dan sokongan DVD.
Kontra : Grafik 3D kurang memuaskan.

Pilihan MPC
Kad PCI - Creative Labs 3D Blaster Banshee – antara kad yang terbaik dan mampu memaparkan grafik 3D dengan baik.
Kad AGP - ATI Rage Fury – antara kad pertama yang menggunakan cip ATI Rage 128 dan ia mampu memaparkan pada resolusi grafik yang tinggi iaitu 1920x1200.