Akhirnya NBA Live keluaran EA Sports mempunyai saingan iaitu NBA Inside Drive 2000 yang dikeluarkan oleh tidak lain dan tidak bukan, Microsoft. Sehingga pertengahan tahun 1999 ini, Microsoft masih belum mengeluarkan sebarang permainan sukan. Permainan NBA Inside Drive 2000 telah berjaya membuatkan pengeluar permainan yang lain terkejut kerana ia dikeluarkan secara tiba-tiba. Walaupun permainan ini dikeluarkan pada permulaan musim bolasepak Amerika.
Sama seperti permainan Microsoft yang lain, NBA Inside Drive 2000 juga tidak dilengkapi dengan buku panduan dan arahan yang lengkap. Jika anda ingin tahu lebih lanjut silalah ke laman Web Microsoft (www.microsoft.com) kerana di sana terdapat panduan yang lebih terperinci. Walaupun ia tidak berapa ramah pengguna tetapi lama-kelamaan anda akan meminatinya kerana ia memaparkan kepermainan yang lancar dan pantas. Sekarang mari kita lihat statistik permainan NBA Inside Drive 2000 berdasarkan kepada grafik, kesan bunyi, antaramuka, kepermainan dan kebijaksanaan serta kepayahan.
Meh lawan satu sama satu
Statistik
Grafik : Gambaran grafik yang diberikan adalah baik. Ia sungguh berkuasa untuk memaparkan paparan yang terperinci. Ia berfungsi pada 1024x768 sehinggakan semua pemain boleh dikenali pada skrin monitor sama seperti di kaca televisyen. Grafik yang paling menarik ialah imej telus pada lantai dan gelas pada latar belakang. Terdapat banyak sudut kamera digunakan dalam permainan ini dan setiap satu daripadanya adalah unik dan mempunyai kelebihan produktif. Tidak banyak permainan lain yang kelihatan baik seperti ini. Secara grafiknya ia sebuah permainan yang cantik tetapi perlukan sistem komputer yang berkuasa tinggi.
Antaramuka : Terdapat beberapa
masalah kecil berkaitan dengan antaramukanya kerana ia tidak melakukan
tugas yang sepatutnya. Terdapat banyak ciri berbentuk simulasi dan ia berkaitan
dengan mod permainan. Tiada terdapat sebarang penyunting pemain atau permainan
untuk memudahkan anda menjalankan tugas anda. Skrin jurulatih tidak cukup
berkuasa dan ia sepatutnya lebih mudah untuk dikendalikan. Ia tiada kemudahan
untuk menyimpan permainan atau pilihan untuk memendekkan permainan.
Kepermainan : NBA Inside
Drive 2000 adalah baik dan ia dicampur-adukkan dengan antaramuka serta
kepayahan yang memberikan satu cabaran kepada pemain. Oleh kerana ia sebuah
permainan sukan bolakeranjang maka ia pasti akan memerlukan pergerakan
yang pantas dan dinamik. Pergerakan seperti "dunks", "finger-rolls", "drains
from way downtown", dan "signatures" daripada beberapa bintang NBA. Rekabentuk
pasukan juga adalah memuaskan dan ia boleh memuaskan hati para peminat
permainan arked, simulasi dan statistik.
Kesan bunyi : Segala komentar yang diberikan oleh dua pengulas adalah baik dan dapat menyesuaikannya dengan suasana permainan. Suara mereka jelas, berintonasi dan tepat pada masanya serta tiada sebarang pengulangan berlaku. Kesan bunyi yang lain juga berkesan dan disusun dengan baik. Anda juga boleh mendengar suara pemain serta sorakan penonton yang akan mengambarkan kepantasan dan kelancaran permainan. |
Shhhhhooot! |
Kebijaksanaan dan kepayahan : Biasanya kesilapan yang ketara di dapati dalam permainan sukan ialah model pertahanan yang terlalu tidak realistik. Contohnya adalah amat mudah untuk menewaskan komputer dan adalah lebih mudah lagi untuk menewaskan pemain lain. Para pemain biasa diberikan keupayaan yang sedikit manakala para pemain superstar diberikan keupayaan yang berlebihan sehingga mereka tidak boleh ditewaskan. Pemain seperti Malone, Duncan, Shaq, Bryant, Iverson, Hill, Mourning dan Kidd boleh menguasai permainan serta mampu menjaringkan sehingga 100 mata seorang. Kepayahan tahap permainan ini adalah kurang realistik tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mendapatkan hiburan.
Keseluruhan : NBA Inside Drive
2000 adalah sebuah permainan yang memuaskan walaupun ia menghadapi beberapa
masalah kecil tetapi ia tidak menjejaskan kelancaran permainan. Permainan
ini tidak sempurna tetapi ia melupakan gabungan simulasi, statistik dan
aksi dalam satu permainan. Jika anda peminat permainan bola keranjang sila
dapatkan permainan ini, jika anda bukan seorang yang berminat dengan bola
keranjang dapatkanlah permainan ini kerana ia adalah antara yang terbaik
untuk tahun 1999.
Yang menarik : Grafik, kepermainan dan kelancaran permainan. Yang kurang menarik : Kurang realisitik dan antaramuka yang kurang ramah pengguna. Kehendak sistem minima : Pentium 166MHz, memori 32MB RAM, kad pencepat 3D. |