Sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat komputer berlumba-lumba untuk mengeluarkan komputer serta kenyataan berkaitan dengan masa hadapan dunia pengkomputeran dalam nada yang optimistik dan positif. Para saintis dan juga pakar-pakar komputer telah menyenaraikan beberapa aspek pengkomputeran yang bakal muncul nanti. Malah inisiatif untuk menghasilkan teknologi komputer terbaru telah dijalankan sejak empat atau lima tahun sebelum memasuki abad ke 21 ini oleh beberapa syarikat komputer gergasi.
Namun begitu segalanya bergantung kepada kehendak dan keupayaan pengguna untuk menyerap segala teknologi baru ini dan digunakan dengan baik. Untuk merealisasikan impian untuk mengujudkan teknologi komputer terbaik maka mereka telah menyenaraikan 10 ciri-ciri teknologi komputer termaju sebagai panduan umum. Walaupun ada di antaranya boleh dianggap agak terkehadapan tetapi ia tidak mustahil untuk dicapai dan dicipta oleh manusia.
Komputer akan mempunyai
sifat kemanusiaan
Komputer dikatakan akan mempuyai sifat-sifat kemanusiaan dengan memahami arahan
suara, kepenggunaan kehadiran maya (virtual presence) dan mengenal kelakuan
atau emosi.
sebuah pc tablet berasaskan windows
Peranti berfikiran
sendiri
Peranti-peranti seperti telefon, jam tangan, ketuhar gelombang mikro, TV dan
peti sejuk akan menjadi lebih bijak. Penggunaan pemproses seperti StrongARM,
DragonBall dan pSOS akan dipermajukan untuk tujuan ini. Peranti-peranti ini
juga dirangkaikan kepada rangkaian luar bagi menyediakan sebuah rangkaian bersepadu
dan membolehkan para pengguna mendapatkan perkhidmatan tambahan.
Rangkaian akan menjadi
lebih pintar
Sistem rangkaian yanag akan diwujudkan mempunyai ciri-ciri seperti lebih pantas,
sistem rangkaian rumah yang lebih pintar, penggunaa teknologi IPV4, talian digital
dan intra sambungan dengan pelbagai peralatan telekomunikasi. Malah rangkaian
anda menjadi sistem neural kepada sesebuah bangunan atau jentera bagi memeriksa
keupayaan atau sebarang kerosakan kepadanya dan memberikan maklumbalas kepada
komputer utama.
Web menjadi bertambah
bijak
Web akan memperkenalkan teknologi portal peribadi, penggunaan XML untuk menggantikan
HTML dan penggunaan percarian menerusi imej atau QBIC (Query By Image Content).
Perisian-perisian untuk menghasilkan kandungan Web juga menjadi bertambah mudah
dan lebih mampu menghasilkan animasi atau interaktif yang menarik.
ibm netvista berbentuk futuristik
Perisian pintar
Perisian-perisian akan menggunakan arahan suara, penggunaan bahasa semulajadi,
menggunakan teknologi Neural Net. Perisian sistem pengoperasian rangkaian juga
akan menjadi lebih pintar seperti Bayesian Networks yang mampu berfungsi secara
sendiri. Sistem pengoperasian dan perisian rangkaian juga menjadi lebih proaktif
dalam membaiki dirinya sendiri serta bijak mengimbangi beban kerja rangkaian.
Ekonomi Internet akan
berkembang
Ekonomi Internet akan berkembang dengan pesat dan laman Web e-dagang akan menjadi
satu agenda utama pada alaf baru. Dengan seramai 180 juta pengguna Internet
seluruh, jumlah yang bakal dibelanjakan dalam Internet adalah sebanyak AS$41
bilion menjelang 2003.
Komputer generasi
baru
Komputer akan menggunakan paparan Super XGA (1,280-by-1,024) untuk penghasilan
monitor. Manakala paparan Roentgen iaitu sebuah paparan 16.3-inci dengan resolusi
2,560 x 2,048 dan paparan yang luas serta besar. Penggunaan LCD juga semakin
maju dan mampu mencapai paparan XGA dengan luas paparan sehingga 29 inci.
kedua-dua pc ini nampak indah dan canggih
Identiti Peribadi
Digital
Maklumat diri akan menjadi lebih terbuka dan bebas. Akhirnya segala maklumat
diri yang peribadi boleh dicapai dnegan mudah. Manakala maklumat dan transaksi
dalam e-dagang pula akan dipertingkatkan dan ini akan membuatkan para pelanggan
berasa selamat. Penggunaan kad pintar akan digabungkan bersama dengan kad kredit
atau kad pengenalan peribadi untuk memudahkan integrasi maklumat boleh digunakan
di seluruh dunia.
Ramalan pemproses
Menjelang tahun 2011, mikroproses akan menggunakan satu bilion transistor dan
beroperasi pada kelajuan 10GHz serta menggunakan proses teknologi semikonduktor
0.07-mikron yang mampu melakukan kiraan 100 bilion operasi sesaat. Senibina
pemproses PC juga akan ditingkatkan daripada 32 bit kepada 64 bit bagi meningkatkan
tahap pemprosesan untuk PC.
Hiburan maya
Lebih banyak watak digital realistik dapat dihasilkan. Teknologi 3D dan aliran
SIMD Extensions (SSE) akan dipermajukan. Ruangan Chat akan muncul dalam bentuk
3D chat dan dalam pembikinan permainan pula DirectX 8.0 akan dihasilkan. Latarbelakang
studio atau pentas juga akan menggunakan paparan maya bagi memberikan paparan
yang menarik.