Teknologi multimedia telah bertanggungjawab menukar fungsi sebuah komputer daripada sebuah alat pengiraan kepada sebuah peralatan hiburan. Kini komputer dipasang dengan keupayaan televisyen, VCD, Internet, muzik dan DVD untuk memberikan kefungsian yang lebih besar kepada komputer. Selain daripada keupayaan pemproses yang tinggi, komputer juga memerlukan paparan monitor yang besar serta sistem bunyi yang canggih untuk menjadikannya sebuah komputer yang canggih.
Perkembangan terpenting dalam imigrasi kad bunyi ialah penciptaan sistem bas PCI (Peripheral Component Interconnect). Papan induk terkini memasang slot PCI yang pantas untuk memberikan kepantasan yang lebih supaya ia peranti-peranti dalam berkomunikasi dengan baik. Dengan itu komputer akan dapat menghasilkan audio 3D dan bunyi peralatan muzik yang realistik. PCI juga memudahkan pemasangan dan sesiapa sahaja yang tahu menggunakan komputer boleh memasangnya.
Dengan meminimakan piawai untuk audio PC secara langsung ia akan meningkatkan kualiti bunyi tersebut. Piawai Intel AC '97 (Audio Codec) dan Microsoft PC '98 telah menetapkan tahap kebisingan, gangguan dan faktor-faktor yang mengurangkan kualiti bunyi. Hampir semua kad PCI menepati salah satu atau kedua-dua piawai tersebut.
Kebanyakan kad bunyi terkini menyokong audio posisi 3D, iaitu sebuah teknologi audio yang banyak digunakan dalam pembikinan permainan komputer. Dengan adanya bunyi posisi ini kesan bunyi akan mengelilingi suasana bilik dan diri pemain dengan memantulkan bunyi daripada satu sudut ke satu sudut lain.
Mungkin dalam alaf baru nanti kad bunyi tidak akan digunakan lagi kerana port USB mampu mengantikannya. Dengan port ini, pembesar suara akan menukar isyarat audio digital terus kepada bunyi tanpa melalui kad bunyi. Hasil bunyi yang dikeluarkan adalah memuaskan dan setara dengan kad bunyi yang canggih.
Gelombang
bunyi
Jika anda pernah mendengar
kesan bunyi Windows dan merakam kesan bunyi permainan 3D, anda pasti tahu
yang ia bergantung kepada keupayaan kad bunyi anda mengendalikan fail .wav
(wave). Untuk memastikan kad bunyi itu berfungsi dengan baik ketika menggunakan
.wav, anda perlu menggunakan sebuah pembesar suara yang baik dan mungkin
sebuah mikrofon. Keupayaan sesebuah kad bunyi juga bergantung kepada jenis
cip yang digunakan oleh kad tersebut. Contohnya cip Aureal 3D digunakan
untuk audio posisi 3D dan cip Aurel Vortex digunakan untuk fail .wav.
Jika kad itu kurang berkesan maka bunyi yang dirakam akan berkualiti rendah dan mengalami banyak gangguan. Oleh kerana .wav adalah sebuah format fail bunyi yang mudah maka kehendak kesan bunyinya adalah rendah berbanding dengan kesan bunyi 3D dan MIDI. |
Muzik digital
Jika fail .wav dapat dikendalikan dengan baik, maka pengendalian audio MIDI juga hendaklah lebih baik. Protokol MIDI akan memberitahu kad bunyi bagaimana hendak membuat bunyi peralatan muzik yang ditemui dalam bunyi aplikasi dan permainan. Kualiti MIDI juga akan menentukan betapa baguslah bunyi itu akan dihasilkan oleh cip pensintesis pada kad bunyi.
Jika sebuah kad bunyi mampu menjalankan 32 bunyi peralatan muzik serentak adalah merupakan kad yang sesuai untuk permainan. Seorang pemuzik professional mungkin memerlukan 64 bunyi atau lebih dengan itu pastikan tahap kegunaan anda sebelum membeli kad bunyi.
Kad bunyi yang mencipta muzik dengan menggunakan cip pensintesis akan menghasilkan bunyi yang lebih baik daripada yang bergantung kepada perisian semata-mata. Ini kerana bunyi yang kompleks hanya akan membebankan CPU anda sahaja dan bukannya perisian. Dengan itu jika kad itu boleh melakukan tugas-tugas pensintesisan dengan baik maka beban CPU akan dapat dikurangkan. Jika bunyi yang dihasilkan adalah lunak dan realistik maka ini bermakna kad yang anda gunakan itu adalah baik.
Bunyi 3D
Jika anda bermain permainan
sebuah permainan 3D dan sedang berhadapan dengan musuh yang handal. Anda
pasti akan menggunakan senjata yang berkuasa tinggi dan melenyapkan musuh
anda daripada muka bumi ini. Semasa anda menembak sebuah letupan kuat kedengaran
sehingga mengegarkan jantung anda. Sungguh realistik rasanya kerana ia
menggunakan audio posisi 3D yang akan mengelilingi anda dengan bunyian
seumpama dalam sebuah ruangan maya. Tidak seperti bunyi sekeliling (surround),
posisi 3D adalah berinteraktif.
Terdapat empat jenis posisi
3D yang terdapat di pasaran. Jenis pertama ialah DirectSound3D daripada
Microsoft yang telah dimasukkan ke dalam Windows 95 dan 98. Dengan DirectSound3D
anda boleh mendengar bunyi sekeliling anda tetapi tidak membenarkan bunyi
itu berinteraksi antara satu sama lain. Jenis Kedua ialah Aureal A3D 2.0
dan jenis ketiga Creative Labs Environmental Audio (EAX) merupakan tambahan
kepada DirectSound3D. Kedua-dua jenis tadi membolehkan bunyi berinteraksi
dengan suasana sekeliling. Contohnya dengan A3D 2.0 dan EAX, bunyi yang
dihasilkan semasa perlumbaan atau peperangan dalam permainan akan memantul
kembali dan membuatkan ia akan mengelilingi pemain.
Audio posisi 3D boleh digunakan bersama fon kepala (headphones) atau lebih daripada dua pembesar suara. Contohnya kad Sound Blaster Live mampu menyokong sehingga lapan pembesar suara. Jika kad itu menyokong EAX adalah lebih baik untuk menggunakan lebih daripada dua pembesar suara kerana ia akan memberikan lebih kesan sekeliling kepada pembesar suara. |
Apakah yang perlu ada pada sebuah kad bunyi :
1. Kualiti bunyi - jika anda
seorang pemain permainan komputer, anda pasti mahukan sebuah kad yang menyokong
bunyi 3D. jika muzik dan MIDI menjadi keutamaan maka kad itu hendaklah
menyokong sehingga 64 jenis bunyi serentak.
2. Sokongan piawai - kesan
bunyi dalam sebuah permainan bergantung kepada sokongan perisian permainan
dan pastikan kad anda menyokong piawaian itu.
3. Rakaman audio - jika
anda ingin kad anda menjadi perakam audio maka pastikan ia menyokong 16-bit
audio atau 32-bit audio.
4. Perisian yang disertakan
- pastikan kad anda mempunyai perisian yang boleh digunakannya. Kad bunyi
untuk pemain permainan hendaklah ada permainan percuma dan untuk pemuzik
pastikan ada perisian untuk merakam dan menyunting audio.