Pembinaan tapak Web komersial
Pembinaan
sebuah tapak Web komersial yang tidak terancang secara teliti belum tentu
akan berjaya menarik
perhatian
pengunjung apatah lagi untuk membuahkan hasil atau keuntungan yang diharapkan.
Di sini tapak Web
komersial
adalah merujuk kepada tapak-tapak Web yang boleh memberikan pulangan kewangan
misalnya tapak
jualan
barangan, pembekal perkhidmatan dan penyedia kandungan bermaklumat. Bagi
memastikan tapak Web
komersial
itu berjaya, anda harus merancang pembinaannya di peringkat awal lagi di
samping membuat penelitian,
dan
kajian mendalam terhadap beberapa aspek penting seperti mana yang tersenarai
di bawah ini.
Jenis
tapak Web : Sebelum membina tapak Web anda perlu menentukan bidang
yang hendak diceburi. Anda
mungkin
mempunyai beberapa idea seperti tapak jualan produk, pembekal perkhidmatan
atau penyedia
kandungan
bermaklumat. Selain itu anda juga perlu menjalankan kajian pemasaran dan
potensi tapak Web
tersebut
untuk memastikannya boleh menghasilkan keuntungan atau sebaliknya. Dalam
kajian itu anda perlu
mengenalpasti
keperluan orang ramai yang mungkin tidak disediakan pada tapak-tapak Web
yang lain.
Kajian
mendalam : Setelah idea tapak Web yang hendak dibangunkan telah dikenalpasti,
seterusnya anda
perlu
mengkaji secara terperinci konsepnya dari setiap sudut. Umpamanya, tapak
penerbitan kandungan
bermaklumat
mungkin merasakan tapak Web mereka boleh memenuhi keperluan pembaca di
samping menjadi
saluran
berpotensi untuk pihak pengiklan barangan. Sementara tapak Web untuk perdagangan
pula mungkin
memikirkan
tentang modal yang hendak dibelanjakan, saiz pasaran dan bahagian pasaran
yang bakal dikuasai.
Berciri
profesional : Sekiranya tapak Web diperagakan secara profesional, maka
produk, perkhidmatan atau
kandungan
yang disediakan mungkin tidak diragui. Sebuah tapak Web komersial yang
kelihatan mudah
rekabentuknya
mungkin lebih sesuai berbanding tapak Web yang kompleks dan tidak teratur.
Malah, tapak Web
komersial
tidak semestinya menggabungkan semua unsur multimedia untuk menarik perhatian
pengunjung.
Oleh
yang demikian, buatlah penilaian secara kritikal terhadap tapak Web yang
hendak dibangunkan itu.
Mudah
digunakan : Sebuah tapak Web yang bersifat mesra pengguna, bukan sahaja
dapat dikendalikan
dengan
baik, malah pengunjung boleh mengakses dan mencari keperluan mereka dengan
mudah. Selain itu
sebuah
tapak Web komersial harus menyediakan kemudahan yang dapat membantu para
pengunjung seperti
enjin
carian, katalog barangan, ikon peluncuran dan sebagainya. Tidak terkecuali
juga ialah kemudahan untuk
pihak
pembangun tapak Web tersebut bagi mengumpul pelbagai maklum balas daripada
para pengunjungnya.
Perlu
perubahan : Tapak Web komersial yang bersifat dinamik perlukan perubahan
dari masa ke semasa
seperti
maklumat dan idea terkini. Para pelangan mungkin mendapati tapak Web anda
menjemukan sekiranya
ia
masih menampilkan bahan yang sama setiap masa dan kunjungan mereka mungkin
hanya sekali. Aspek ini
penting
terutamanya bagi tapak Web yang berasaskan kepada penyediaan kandungan
seperti berita. Sementara
tapak
Web perniagaan boleh menampilkan pelbagai produk yang berbeza kategorinya
dari masa ke semasa.
Berdaya
saing
: Walaupun tapak Web komersial anda berjaya dilancarkan, namun ia mungkin
perlu dikaji
semula
dari segenap aspek. Kajian semula ini adalah untuk memastikan tapak Web
tersebut sentiasa mampu
bersaing
sekaligus memastikannya sentiasa dikunjungi. Perlu diingat, pesaing anda
mungkin sedang
memerhatikan
tapak Web milik anda untuk mengenalpasti kelebihan dan kekurangannya. Sehubungan
itu anda
perlu
bertindak sedemikian rupa agar daya saing tapak Web anda sentiasa
dipertingkatkan dari masa ke semasa.