Menukar nama Recycle Bin
Anda boleh menukarkan nama My Computer dan Network Neighborhood, tetapi nama Recycle Bin tidak boleh diubah? Anda boleh menggantikan nama Recycle Bin dengan menyunting Registry. Mula-mula, klik Start > Run, kemudian taipkan regedit lalu tekan Enter. Sebuah tetingkap Registry Editor akan muncul. Anda pergilah ke bahagian HKEY_CLASSES_ROOT, (rajah 1a) seterusnya turun ke bawah dan cari bahagian CLSID. Anda klik dua kali pada bahagian CLSID itu dan kemudian pergi ke segmen yang bernombor seperti berikut {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}dan seterusnya pergi ke bahagian ShellFolder. (rajah 2a)
Di sini anda akan melihat nilai Attributes yang dipaparkan dengan nilai binari 40 01 00 20. Klik dua kali pada Attributes yang terletak panel sebelah kanan dan sebuah tetingkap Edit Binary Value akan muncul. Kemudian tukarkan nilai 40 itu kepada 50 dan pilih OK. Nilai binari akan menjadi 50 01 00 20. (rajah 3a)
Kemudian tutup Regedit dan kembali ke desktop anda. Kemudian, klik kanan pada Recycle Bin dan anda akan dapat lihat perintah Rename pada senarai perintah itu. (rajah 4a) Anda juga boleh mengklik pada Recycle Bin dan menekan kekunci fungsi F2 untuk mengganti namanya dengan nama yang anda inginkan.
Melindungi sistem komputer anda
Mungkin sesetengah daripada anda tidak menyukai kekotak dialog log in Windows. Kotak tersebut tampil pada skrin monitor dan menanyakan nama pengguna serta kata laluannya. Pengguna masih boleh menggunakan komputer itu walaupun ia diisi dengan nama pengguna yang tidak dikenali atau hanya dengan menekan kekunci Escape (Esc).
Windows 9x memang tidak dibentuk untuk menjadi sebuah sistem operasi yang selamat, tetapi bukankah akan menjadi lebih baik jika ada satu cara bagi menjamin bahawa hanya kombinasi nama dan kata laluan yang tertentu sahaja yang boleh melepasi kekotak log in tersebut dan menggunakan komputer. Anda boleh melakukannya dengan menyunting Registry dan melakukan penapisan sesiapa saja yang cuba log in kepada komputer anda.
Mula-mula, anda harus mengaktifkan profil pengguna dalam komputer anda dengan memilih Start > Settings > Control Panel, klik dua kali pilihan Passwords, dan akhir sekali pilih tab User Profiles. Kemudian pilih "Users can customize their preferences and desktop settings". Tambahakan tanda pada kedua-dua pilihan di bawahnya. Pilih OK. (rajah 1b)
Kini anda boleh buat akaun untuk anda sendiri. Dari Control Panel, klik dua kali Users dan anda akan berhadapan dengan sebuah “wizard” bagi anda menambahkan sebuah profil. (rajah 2b) Jika tidak ada ikon Users dalam Control Panel anda, ini bererti anda sedang menjalankan versi asli Windows 95, dan anda harus klik Start > Shut Down dan pilih "Close all programs and log on as a different user", dan klik OK. Ketika kekotak dialog log in muncul, anda perlu masukkan nama pengguna dan kata laluan yang baru. Taipkan kata laluan itu sekali lagi apabila Windows meminta pengesahan.
Kini anda sudah boleh menyunting Registry. Mulakan dengan menjelajahi bahagian beriktu iaitu HKEY_USERS\.Default\Software\Microsoft\Windows\ Current\Version\Run. Kemudian pilih Edit > New > String Value. (rajah 3b) Taipkan GoAway dan tekan Enter untuk memberi nama pada atribut tersebut. Kini klik dua kali GoAway dan taipkan rundll.exe user.exe, EXITWINDOWS. Klik OK. (rajah 4b) Kini anda boleh menutup RegEdit.
Pada saat kekotak dialog log in Windows muncul, anda boleh menaipkan nama pengguan dan kata laluan yang anda berikan tadi. Jika seseorang menekan kekunci Escape atau memasukkan nama pengguna dan dan katalaluan yang baru, Windows akan menolaknya dan segera melakukan log out seterusnya menampilkan kekotak dialog log in sekali lagi.
Untuk melihat fail-fail dalam folder Windows
Jika anda menggunakan pilihan Web View pada folder-folder anda, anda mungkin akan mendapat paparan peringatan yang menyatakan bahaya untuk menukar isi kandungannya, setiap kali anda membuka folder Windows tersebut. Kemudian anda harus mengklik pada Show Files sebelum anda boleh melihat semua fail di dalam folder tersebut. (rajah 1c)
Peringatan tersebut akan muncul kembali ketika anda membuka folder System dalam folder Windows tersebut. Cara termudah untuk membuang peringatan itu adalah dengan memilih View > as Web page, bagi mematikan pilihan Web View itu.
Anda boleh menggunakan pilihan Web View tanpa menerima peringatan tersebut dengan mengubahsuai cir folder itu. Pertama, pilihlah View > Folder Options, klik tab View, dan hilangkan tetanda pada pilihan “Hide file extensions for known file types”. Kemudian lihatlah pada bahagian "Hidden files" dan pastikan bahawa pilihan "Show all files" telah dipilih. Klik OK. (rajah 2c)
Seterusnya bukalah folder Windows dan klik Show Files. Cari dan pilih fail yang bernama Folder.htt iaitu sebuah fail template HTML yang menentukan penampilan folder dalam ciri Web View. (rajah 3c) Tekan kekunci fungsi F2 untuk menukarkan namanya, taipkan nama seperti folder.bak, dan tekan Enter.
Selanjutnya, bukalah fail yang sama dalam folder System dan tukar namanya kepada folder.bak. Seterusnya jelajahilah folder Web dalam folder Windows. Pilih fail Folder.htt dan pilih Edit > Copy.
Kemudian kembali ke folder Windows, dan pilih Edit > Paste untuk menyalin file tersebut ke folder Windows itu. Setelah itu, bukalah folder System dan pilihlah Edit > Paste untuk menyalin fail itu ke folder ini pula.
Berikutnya cuba buka folder-folder ini, anda tidak akan memperoleh peringatan yang membosankan itu lagi. Jika anda tidak memperoleh ciri Web View yang telah diubahsuai, anda harus memilih semula View > as Web page.