Utiliti Internet terbaik

Penggunaan komputer bukan sahaja bergantung kepada Windows 98 dan perisian aplikasi pejabat tetapi aplikasi lain juga diperlukan untuk menambahkan "seri" ke komputer anda. Malah dengan peningkatan penggunaan Internet maka fungsi komputer telah berevolusi daripada mesin pengkomputeran kepada alat komunikasi canggih. Berikut adalah beberapa perisian utiliti yang biasa digunakan dalam komputer.

ICQ

ICQ adalah salah satu aplikasi pemesejan segara yang popular untuk membolehkan anda berkomunikais dengan rakan-rakan atau rakan sekerja dalam masa nyata. Dengan ICQ anda boleh berhubungan secara peribadi dengan rakan, mengendalikan e-mel daripada lebih daripada satu akaun, mengadakan senarai tugasan, menyimpan nota dan mengisi jadual harian. ICQ boleh digunakan secara percuma dan kini anda boleh mendapatkan versi terkini iaitu versi 99b. Perisian ICQ ini juga sering mengalami penambahan dari masa ke semasa dan segalanya diberikan secara percuma. Perisian ini mudah digunakan dan sesiapa sahaja boleh mempelajarinya dengan cepat. www.mirabilis.com


ICQ Control Centre

Norton AntiVirus 5.0

Norton AntiVirus merupakan salah satu perisian antivirus yang terbaik dan popular. Ia menyediakan perlindungan terhadap virus pada desktop dan keselamatan daripada aplet Java serta ActiveX Controls. Walau bagaimanapun NAV tidak melindungi pengguna daripada laman Web yang jahat seperti yang dilakukan oleh VirusScan 4.0. NAV mampu mengasingkan fail yang dijangkiti dan mendapatkan diagnosa daripada pakar daripada Symantec. Ia juga melakukan pengimbasan terhadap e-mel, pindah terima Internet, disket, perisian CD dan rangkaian. www.symantec.com

MIRC

Jika anda seorang penjelajah Web dan penghuni dunia IRC, mungkin perisian ini merupakan perisian tidak asing lagi. Perisian IRC ini memaparkan ciri-ciri seperti antaramuka pengguna yang mudah guna, keupayaan sambungan terus pelanggan dan sokongan bunyi. Ia juga menawarkan barisan teks berwarna, penggunaan alias, perintah remote dan pertukaran latar belakang tetingkap. Walaupun terdapat pelbagai perisian IRC yang lain seperti pIRCh dan Turbo IRC, MIRC adalah yang paling mudah untuk digunakan. www.mirc.co.uk


MIRC

Winzip

WinZip meruakan sebuah utiliti untuk menzip (zipping) dan menyahzip (unzipping) fail. Ia mengandungi sokongan untuk pelbagai format fail Internet popular TAR, ZIP, UUencode, XXencode, BinHex, MIME, dan fail mampatan Unix. Sokongan untuk fail mampatan ARJ, LZH, dan ARC disokong dengan menggunakan aplikasi tambahan. Dengan menggunakan WinZip anda boleh memampatkan fail menurutu peratusan yang anda kehendaki dan juga membuat fail mampatan yang boleh dimuatkan ke dalam disket. Kini WinZip juga mempunyai sokongan terus kepada pelayar Web seperti Netscape dan Internet Explorer, bagi memudahkan fail itu dibuka secara atuomatik setelah dipindah terima menerusi pelayar Web. www.winzip.com


WInzip

Eudora

Selain daripada penggunaan perisian e-mel seperti Outlook Express dan Netscape Mail terdapat sebuah perisian yang popular iaitu Eudora. Sebelum kelahiran Outlook Express (telah dipilih sebagai perisian e-mel terbaik sejak 1997), Eudora adalah perisian yang sering digunakan kerana ia mudah dikendalikan dan antaramukanya mudah dicapai. Kini Eudora masih mengekalkan imej ramah penggunanya dengan penambahan keupayaan yang telah dipertingkatkan. Kini ia boleh menapis, menghantar semula, menjawab secara automatik dan menghantar salinan. Ia juga boleh membaca alamat e-mel daripada Outlook Express dan Netscape Mail untuk memudahkan penghantaran e-mel. Ia juga mempunyai keupayaan menerima dan menghantar pesanan suara dengan menggunakan Qualcomm Pure Voice. www.eudora.com

Getright

Jika anda sering memindah terima fail daripada Internet, anda mungkin ada menghadapi masalah dengan pemindahan fail yang tidak sempurna akibat talian terputus. Dengan perisian GetRight ini anda pasti tidak akan hadapi masalah kerana ia boleh menyambung kembali pemindahan fail itu daripada mana ia terputus. Anda juga boleh menjadualkan pemindahan terima fail, menyokong senarai cermin fail dan menukar pelayan semasa pemindahan terima fail. Ia menawarkan gabungan Netscape Navigator, Opera dan Internet Explorer 4.0 serta melakukan penapisan fail berdasarkan nama fail. Dengan kehadiran versi 4.0 yang terkini adalah dimaklumkan bahawa ia dapat berfungsi dengan baik dan berkesan tanpa sebarang masalah seperti versi-versi yang terdahulu. www.getright.com
 

Netsonic
Netsonic

NetSonic boleh meningkatkan keupayaan pelayaran Web anda dengan memuatkan laman Web yang pernah dikunjungi. Teknologi yang digunakan dipanggil sebagai IntelliCache di mana ia akan menyimpan laman Web kegemaran anda dalam cachenya. Jika laman Web yang berada di dalam cache itu berubah maka NetSonic akan memaklumkan kepada pengguna. Menurut ujian yang telah dilakukan, dengan penggunaan NetSonic kelajuan pelayaran Web boleh meningkat sebanyak 33 peratus dengan penggunaan modem 56kbps dan 40 peratus dengan modem 33.6 kbps. Suatu pencepat Web yang patut anda cuba. www.netsonic.com

Adobe Acrobat dan Adobe Acrobat Reader

Adobe Acrobat Reader membolehkan anda memaparkan sebuah format dokumen kecil (Portable Document Format atau PDF) yang telah dibina dengan Adobe Acrobat. Format PDF ini memboleh pembacanya memaparkan seluruh dokumen dalam bentuk warna-warni dengan mudah dan dalam saiz yang kecil. Anda juga boleh mencetak dokumen tersebut secara langsung. Kini Acrobat juga boleh memaparkan dokumen yang menggunakan aksara tulisan China, Jepun dan Korea. Ia juga berguna untuk menyimpan dokumen yang besar dan panjang dalam saiz yang kecil. www.adobe.com

WS-FTP

WS-FTP merupakan sebuah aplikasi FTP piawai untuk Winsock. Ia mempunyai antaramuka yang mudah difahami dan senang digunakan. Ciri-ciri yang terdapat pada WS-FTP adalah menentukan port secara automatik, pemindahan fail serentak, penentuan jenis hos dan firewall secara automatik dan sambungan pemindahan fail jika terputus. Ia juga mempunyai keupayaan untuk mencari hos FTP dan penggunaan penskrip untuk pemindahan fail. Walaupun terdapat pelbagai jenis perisian FTP di pasaran dan di dalam Internet tetapi hanya WS-FTP sahaja yang mudah digunakan dan mempunyai capaian terhadap pelbagai jenis hos FTP secara automatik. www.ipswitch.com

Shockwave dan Flash Player

Shockwave membolehkan pemaparan kandungan Internet yang dinamik dan penuh dengan animasi, audio serta multimedia. Malah anda juga boleh dapatkan pelbagai permainan, simulasi, antaramuka dinamik, audia dan produksi multimedia yang dihasilkan dengan menggunakan Director atau Flash. Kini kandungan multimedia boleh dikawal dengan lebih baik dan ia dapat dikendalikan dalam bentuk fail yang berasingan. Setiap pelayar Web mesti mempunyai perisian pemain ini. www.macromedia.com