VRML atau Virtual Reality Modelling Language adalah sebuah bahasa yang menentukan simulasi berinteraktif pelbagai peserta. Simulasi berinteraktif ini adalah dunia-dunia maya yang dirangkaikan melalui Internet dan WWW.
Jika anda ingin memasuki VRML anda memerlukan sebuah aturcara untuk dunia 3D atau digelar pemodel VRML. Manakala untuk memaparkan dunia VRML anda perlukan pelayar Web VRML.
VRML adalah antaramuka 3D kepada Web. HTML hanya boleh mencipta halaman dengan teks dan imej. VRML boleh mencipta ruangan yang juga dikenali sebagai "dunia" dengan objek dan sambungan kepada data Web yang lain.
Terdapat 2 piawai iaitu VRML 1.0 dan VRML 2.0. Di mana VRML 1.0 adalah piawai asal yang direka untuk membenarkan pengguna membina dunia 3D yang statik kerana tiada animasi dan elemen yang dinamik. Manakala VRML 2.0 adalah versi terbaru piawai VRML. Ia termasuk bunyi, animasi dan pelbagai bahan menarik. Ia juga membenarkan pengguna berinteraksi dengan objek dalam dunia 3D. Dalam dunia 3D ini juga terdapat graviti supaya memberikan lebih kuasa kepada dunia maya.
Sejarah VRML
Idea VRML muncul pada tahun 1993 apabila Tim Berners-Lee dan Mark Pesce membentangkannya di sebuah perjumpaan di Geneva. Di perjumpaan itu Mark Pesce telah membentangkan sebuah kertas kerja mengenai dunia Web 3D ini. Hasil daripada kertas kerja itu sebuah senarai alamat (mailing lists) dibina oleh majalah Wired. Dengan itu sesiapa juga yang mempunyai idea dan pendapat boleh menganggotainya serta menyumbang kepada piawai yang akan dibentuk. Menurut Mark Pesce, dengan cara ini piawai VRML akan menjadi lebih universal dan terbuka.
Hasilnya muncul sebuah piawai VRML 1.0 pada bulan Mac 1995. Namun VRML 1.0 masih tidak dapat memuaskan hati pengguna kerana kekurangan interaksi dan kesan multimedia seperti bunyi dan pergerakan yang dinamik. Menjelang penghujung 1995, beberapa piawai muncul seperti Active VRML oleh Microsoft; Moving Worlds oleh Silicon Graphics dan Sony; OpenFlight oleh Multigen dan Out Of This World oleh Apple. Dengan kehadiran lebih daripada satu piawai ini, VAG atau VRML Architecture Group telah membuat satu pengundian pada 23hb Februari 1996 untuk memilih mana yang lebih sesuai. Dengan itu Moving Worlds telah dipilih sebagai piawai VRML 2.0. Kebanyakan halaman Web yang mempunyai VRML masih menggunakan piawai VRML 1.0 kerana terdapat pelayar Web masih belum menggunakan VRML 2.0. Sehingga rencana ini ditulis hanya pelayar OpenFlight sahaja yang mampu memaparkan piawai VRML 2.0.
Bahasa VR
VRML mempunyai spesifikasi tertentu
yang dibahagikan kepada enam segmen iaitu Asas Bahasa, Sistem Koordinat,
Medan, Nod, Percontohan dan Penambahan. Asas bahasa yang dikatakan adalah
satu set bahasa pengaturcaraan dan cara-cara ia dikendalikan. Manakala
Sistem Koordinat, Medan dan Nod ialah set-set pengaturcaraan yang digunakan
untuk mengerakkan objek-objek dalam dunia VRML. Malah dengan set-set ini
pengguna boleh berinteraksi dengan objek-objek tersebut. Pada saya agak
rumit untuk menerangkan secara terperinci kepada anda mengenai aturcara
VRML. Sebagai contoh cuba anda lihat aturcara di bawah di mana ia memaparkan
sebuah kon merah dan sebuah bebola biru.
#VRML V1.0 ascii
Separator {
|
Saya rasa setelah anda melihat aturcara di atas pasti anda akan tertanya apakah maksud setiap baris dalam aturcara tersebut. Setelah aturcara ini dikompil dan ianya boleh dipaparkan dengan menggunakan sebuah pelayar Web VRML.
Mamaparkan VRML
Untuk memaparkan sebuah halaman Web VRML anda perlukan samada sebuah pelayar Web yang dipalam dengan pemapar VRML atau pelayar Web VRML. Kedua-dua pelayar Web ini mempunyai ciri-ciri yang serupa ketika memaparkan halaman VRML. Ciri-ciri tersebut ialah :
1. Tekan bebutang kanan tetikus untuk memaparkan menu. Menu ini membolehkan anda menukar beberapa aspek pelayar Web seperti kedudukan lampu dan resolusi pemaparan.
2. Sebuah anak panah hijau di sudut bawah kiri pelayar Web adalah untuk memberhentikan animasi VRML.
3. Ia boleh beroperasi dalam beberapa mod seperti berjalan (walk), berputar (spin) dan lihat (look). Berjalan membolehkan anda bergerak ke hadapan, belakang, kiri atau kanan dengan menggunakan tetikus. Berputar pula membolehkan anda memutarkan seluruh "dunia" tersebut pada paksi pusatnya. Manakala lihat pula membolehkan anda memilih sudut penglihatan yang anda mahukan.
4. Terdapat dua anak panah lampu untuk meningkatkan atau mengurangkan kecerahan lampu ketika berjalan atau melihat.
5. Sebuah objek dalam VRML boleh berfungsi sebagai sambungan (link) kepada teks lain atau objek VRML yang lain.
Contoh-contoh pelayar VRML yang boleh anda gunakan :
1. Netscape Navigator 3.0 dengan
Live3D.
2. Cyber Passage dari Sony
3. Cosmo dari Silicon Graphics
4. WIRL Lite dari Vream Inc.
Setelah mendapatkan pelayar VRML anda boleh mencuba untuk memasuki halaman-halaman seperti di bawah :